Baka lembu berkualiti mampu tingkat pendapatan penternak Sabah – Jamawi

KOTA KINABALU – Penggunaan baka lembu berkualiti tinggi berpotensi meningkatkan produktiviti serta pendapatan penternak lembu pedaging di negeri ini, kata Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar.

Beliau berkata, Kerajaan Sabah sedang meneroka usaha mendapatkan baka berkualiti tinggi menerusi program pembiakbakaan bagi memperkukuh industri ternakan lembu pedaging.

“Ini adalah untuk pembiakbakaan baka lembu Sabah dan pembekalan anak-anak lembu baka terbaik kepada penternak-penternak yang telah menjalani kursus pemeliharaan lembu.

“Penternak yang berjaya akan dibekalkan dengan lembu baka baik yang mempunyai kualiti daging tinggi, sekali gus berpotensi memberikan hasil yang lebih lumayan pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan media, pada Rabu.

Dalam pada itu, Jamawi berkata, usaha mendapatkan baka berkualiti tinggi itu penting bagi memastikan industri ternakan lembu pedaging di Sabah terus berkembang.

“Saya yakin dan percaya industri ternakan lembu pedaging di Sabah akan beroleh kejayaan yang baik jika kita dapat baka yang berkualiti tinggi.

“Usaha berkenaan selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri untuk memperkukuh sektor ternakan serta membantu penternak meningkatkan produktiviti dan pendapatan,” ujarnya.

Terdahulu, Jamawi mengadakan lawatan ke ladang ternakan lembu di Brisbane, Australia, bersama Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sabah, Dr Zul Bahar Abdul Rashid bagi melihat potensi program pembiakbakaan lembu untuk Sabah.

Related Posts

‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

KOTA KINABALU – “Ayuh Sabahan! Kita bangun bersama, bersatu berpadu. Kita jaga Sabah!” menjadi seruan kepada pimpinan dan ahli Warisan, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) serta STAR untuk memperkukuh kesatuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM