Masalah sebenar rasuah, penjarahan harta negara bukan Anthony Loke – Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur kecenderungan sesetengah pihak yang lebih memberi perhatian kepada isu peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berbanding persoalan rasuah dan penjarahan harta negara.

Anwar berkata, isu rasuah dan perbuatan menjarah harta negara merupakan perkara yang perlu diberi perhatian serius.

“Isu Anthony Loke ini… apa masalahnya? Beliau baru sahaja menyerahkan surat (peletakan jawatan) itu semalam dan apa masalahnya dengan Anthony Loke?

“Masalah sebenarnya adalah rasuah… perbuatan merompak dan menjarah harta negara. Perkara itu tidak pula dibangkitkan, sebaliknya orang terus mendesak supaya beliau meletak jawatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Profesional (Profex 2026) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLGCC), di sini hari ini.

Anwar turut mempersoalkan mengapa pihak yang didakwa menjarah harta negara tidak turut didesak meletakkan jawatan.

“Mengapa? Adakah mereka yang menjarah harta negara turut diminta meletak jawatan?” katanya.

Anwar berkata, beliau akan membincangkan lebih lanjut perkara berkaitan peletakan jawatan dengan Menteri Pengangkutan itu.

Anthony yang juga Setiausaha Agung DAP menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai anggota Kabinet kepada Anwar pada Isnin. Perkara itu dilaporkan sebagai susulan pendirian DAP berhubung keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, Anthony berkata beliau akan meneruskan tugas sebagai Menteri Pengangkutan buat sementara waktu sehingga Najib pulang untuk menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.

Menurut Anthony peletakan jawatannya akan berkuat kuasa pada hari Najib dibebaskan dari Penjara Kajang untuk menjalani tahanan rumah.

“Sampai Najib dibebaskan, balik rumah, hari itu maka berkuatkuasalah peletakan jawatan saya,” katanya.

Related Posts

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperketatkan proses saringan dan pengesahan terhadap pelarian serta tahanan warganegara Myanmar sebelum mereka dihantar pulang bagi memastikan hanya individu yang disahkan kewarganegaraannya dibawa kembali ke negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) sangat terbuka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan