Pemergian Tun Hasmah: Negara kehilangan sosok inspirasi wanita

MENTERI Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menyifatkan pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sebagai kehilangan besar kepada negara, khususnya wanita Malaysia.

Beliau yang juga merupakan Ketua Wanita PKR berkata, Allahyarhamah menjadi inspirasi kepada ramai wanita dengan jasa beliau dalam bidang kesihatan dan kebajikan masyarakat akan terus dikenang.

“Takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali atas pemergian beliau.

“Negara kehilangan seorang sosok wanita yang menjadi inspirasi kepada ramai wanita di Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, pada Isnin.

Allahyarhamah berusia 100 tahun dan dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.20 pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Jenazah Dr Siti Hasmah Mohamad akan dibawa ke rumahnya di The Mines, Seri Kembangan untuk dimandikan sebelum dikebumikan.

Dr Siti Hasmah yang dilahirkan pada 12 Julai 1926 yang merupakan antara wanita Melayu terawal negara bergelar doktor, genap berusia 100 tahun pada 12 Julai lalu.

Sepanjang kerjayanya, Allahyarhamah banyak menyumbang kepada penjagaan kesihatan ibu dan anak, terutama di kawasan luar bandar.

Dr Siti Hasmah dikenang sebagai lambang kesederhanaan, kebijaksanaan dan kasih sayang selain memiliki keperibadian yang lembuh serta berwibawa.

Related Posts

PMX zahir takziah pemergian Tun Hasmah, sedekah Al-Fatihah sebelum ucaptama

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah susulan pemergian Allahyarhamah, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. Sebelum memulakan ucapan di The International Future Conference 2026,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Agong, Raja Permaisuri zahir takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. Dalam kenyataan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ubah stigma petani miskin, Sarawak integrasi teknologi AI dalam pertanian

Ubah stigma petani miskin, Sarawak integrasi teknologi AI dalam pertanian

Sarawak warta 7,000 hektar untuk penanaman padi, sasar geran padanan RM1 bilion

Sarawak warta 7,000 hektar untuk penanaman padi, sasar geran padanan RM1 bilion

Inisiatif Sarawak IFE iktiraf kemahiran 105 peserta luar bilik darjah, pacu laluan kerjaya