Bellingham pemain berkualiti, ada watak tersendiri

THOMAS Tuchel mahu Jude Bellingham bermain dengan ‘sedikit kemarahan’ selepas pemain tengah England itu mempamerkan sisi agresifnya ketika tewas kepada Sepanyol dalam aksi Liga Negara-Negara, semalam.

Bellingham menjadi antara tumpuan ketika skuad kendalian Tuchel tewas 2-3 kepada juara dunia itu di Wembley.

Bintang Real Madrid itu terbabit dalam pertikaman lidah dengan rakan sepasukannya di kelab, Marc Cucurella selepas bek kiri Sepanyol berkenaan memenangi perebutan bola dengannya.

Bellingham membalas kata-kata Cucurella dengan mencipta peluang untuk Anthony Gordon menjaringkan gol England.

Walaupun sebelum ini pernah mengkritik perangai Bellingham yang mudah terbawa emosi di atas padang, pengendali England itu kini mahu pemain tengah berkenaan mengekalkan gaya agresifnya.

“Dia menyukainya. Dia menjadi lebih baik apabila perkara itu berlaku.

“Lebih baik jika dia bermain dengan sedikit kemarahan. Itu memang dirinya. Saya rasa kadangkala dia mencari detik seperti itu untuk membangkitkan semangatnya,” kata Tuchel.

Mengenai perselisihan Bellingham dengan Cucurella, Tuchel berkata ‘saya rasa dia tidak mengenali mana-mana rakan sepasukan ketika berada dalam skuad kebangsaan.

“Dia mahu menang. Dia tidak mengenali mana-mana rakan sepasukan. Dia masih berkawan dengan mereka tetapi bukan untuk tempoh 90 minit.

“Itulah satu-satunya gaya yang dia boleh mainkan. Itulah permainannya.”

Tuchel mahu menurunkan pemain berusia 23 tahun itu dalam aksi Liga Negara-Negara menentang Czechia, Selasa ini.

Namun, pengendali dari Jerman itu bimbang Bellingham berdepan risiko keletihan melampau ketika mengharungi jadual padat bersama Real Madrid.

Related Posts

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

PERANCIS meraih kemenangan 1-0 ke atas Belgium dalam Liga Negara-Negara UEFA selepas pemain gantian, Michael Olise, menjaringkan gol dua minit sebelum tamat perlawanan, manakala Itali kembali ke landasan kemenangan dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Padang tiruan punca Salah tidak turun lawan Sudan Selatan

MOHAMED Salah tidak akan beraksi untuk Mesir menentang Sudan Selatan disebabkan kebimbangan mengenai permukaan padang perlawanan. Penyerang Trabzonspor itu tidak berlepas bersama skuad untuk perlawanan mereka di Stadium Juba pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong terima menghadap Perdana Menteri, bincang perkembangan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Agong terima menghadap Perdana Menteri, bincang perkembangan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Perancangan bandar perlu seiring kesejahteraan rakyat – Dr Sim

Perancangan bandar perlu seiring kesejahteraan rakyat – Dr Sim

Bekas CEO FIC didakwa tipu Lembaga Pengarah berkaitan projek, tanah RM691.7 juta

Bekas CEO FIC didakwa tipu Lembaga Pengarah berkaitan projek, tanah RM691.7 juta

5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

  • By Fatin
  • September 29, 2026
40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA