346 sampel sayur dikesan langgar had residu racun perosak sepanjang RMKe-12

KOTA KINABALU – Sebanyak 346 daripada 2,349 sampel sayur-sayuran tanah tinggi dan tanah rendah yang dianalisis sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) didapati melanggar had maksimum residu racun perosak (MRL) yang ditetapkan di bawah Akta Keselamatan Makanan 1983.

Pengarah Pertanian Sabah, Jackson Ronald Jaimi berkata, jumlah berkenaan mewakili 15 peratus daripada keseluruhan sampel yang dianalisis di Pusat Penyelidikan Pertanian, Tuaran.

“Pengusaha yang didapati hasil tanaman mereka mengandungi sisa racun perosak melebihi MRL yang ditetapkan atau tidak mematuhi had tersebut diberi Latihan Khas MRL.

“Sepanjang tempoh RMKe-12, seramai 346 orang pengusaha telah diberi latihan,” ujarnyasemasa merasmikan Program Sesi Libat Urus Racun Makhluk Perosak Dalam Sektor Pertanian dan Kesihatan Awam di Negeri Sabah, di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS), di sini, pada Khamis.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Pengarah Pertanian (Bahagian Pengembangan dan Pembangunan Industri Tanaman), Suraya Jubahar.

Menurut Jackson, penggunaan racun perosak yang tidak berdaftar, tidak mengikut kadar, kaedah dan tempoh yang ditetapkan boleh menimbulkan pelbagai risiko, khususnya terhadap keselamatan makanan, kesihatan manusia dan kelestarian alam sekitar.

“Racun perosak memainkan peranan penting dalam melindungi tanaman daripada serangan perosak dan penyakit, sekali gus membantu memastikan produktiviti serta bekalan makanan dapat dikekalkan.

“Namun demikian, penggunaan racun perosak yang tidak berdaftar, tidak mengikut kadar, kaedah dan tempoh yang ditetapkan boleh menimbulkan pelbagai risiko, khususnya terhadap keselamatan makanan, kesihatan manusia dan kelestarian alam sekitar,” kongsinya.

Selain itu, Jackson berkata, antara isu racun perosak yang dihadapi termasuk pematuhan terhadap keperluan pelesenan, kemasukan dan penggunaan racun perosak yang tidak berdaftar atau tidak dibenarkan serta pematuhan penggunaannya di ladang mengikut MRL.

“Berdasarkan rekod Bahagian Kawalan Racun Makhluk Perosak dan Baja (BKRPB) pada 2025, sebanyak 158 lesen premis racun makhluk perosak dikeluarkan, manakala 24 premis dikenakan Surat Tunjuk Sebab atas pelbagai kesalahan pelesenan.

“Dari segi kemasukan racun perosak secara haram, termasuk melalui laluan yang tidak sah, kawal selia dan penguatkuasaan perlu diperketatkan di pintu-pintu masuk,” kongsinya.

Jelas beliau, racun perosak yang tidak berdaftar atau tidak diketahui sumber dan kandungannya boleh mengandungi bahan aktif, kepekatan atau formulasi yang tidak dapat dipastikan.

Keadaan itu berpotensi menyebabkan residu tidak selamat pada hasil pertanian serta menjejaskan akses dan keyakinan pasaran terhadap hasil pertanian Sabah.

Dalam pada itu, pihaknya melaksanakan khidmat nasihat dan bimbingan penggunaan racun melalui Latihan Khas MRL, Kursus Transformasi Teknologi Pertanian dan Pakej Teknologi serta Program Bersama Pengusaha, termasuk penerapan Amalan Pertanian Baik.

“Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) merupakan antara alternatif yang disyorkan dengan kaedah biologi, amalan agronomi yang baik, kawalan fizikal serta penggunaan varieti lebih tahan perlu digabungkan bagi mengurangkan kebergantungan kepada racun kimia,” ujarnya.

Related Posts

Lelaki dipenjara 10 bulan miliki 600 liter petrol tanpa permit

SEMPORNA – Seorang lelaki dipenjara 10 bulan selepas gagal membayar denda RM15,000 yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Tawau pada Rabu akibat memiliki 600 liter petrol tanpa permit. Ketua Cawangan KPDN…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes maut wanita OKU: Bapa dan anak lelaki ditahan reman

KUALA KANGSAR – Dua ahli keluarga kepada seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) yang ditemukan meninggal dunia dengan kesan tusukan di betis di Kampung Chuar Hilir pada petang Rabu, ditahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik

Lelaki dipenjara 10 bulan miliki 600 liter petrol tanpa permit

  • By Fatin
  • September 24, 2026
Lelaki dipenjara 10 bulan miliki 600 liter petrol tanpa permit

346 sampel sayur dikesan langgar had residu racun perosak sepanjang RMKe-12

346 sampel sayur dikesan langgar had residu racun perosak sepanjang RMKe-12

Kes maut wanita OKU: Bapa dan anak lelaki ditahan reman

Kes maut wanita OKU: Bapa dan anak lelaki ditahan reman

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja