Didakwa persenda Rukun Negara, tiga pelakon dibebaskan dengan jaminan polis

KUALA LUMPUR – Tiga daripada lima pelakon yang dikenal pasti dalam video pementasan teater yang tular kerana didakwa mempersendakan Rukun Negara ditahan polis bagi membantu siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, ketiga-tiga suspek yang terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita itu ditahan di Selangor dan Johor, Sabtu lalu.

Menurutnya, ketiga-tiga mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan selesai dirakam dan pemeriksaan terhadap telefon bimbit serta gajet tidak menemukan sebarang kandungan berkaitan pementasan berkenaan.

“Daripada lima pelakon yang dikenal pasti, seorang sudah meninggal dunia, manakala seorang lagi dipercayai berada di United Kingdom berdasarkan rekod imigresen,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Kumar berkata, siasatan mendapati pementasan terbabit berlangsung secara tertutup di sebuah pusat seni persembahan di Pulau Pinang pada 2018.

Beliau berkata, tiga pelakon yang ditahan masing-masing kini berusia 28, 29 dan 47 tahun.

Katanya, polis tidak memohon perintah reman terhadap mereka selepas ketiga-tiga individu berkenaan memberikan kerjasama dan pemeriksaan terhadap peranti mereka tidak menemukan bahan berkaitan.

“Kita mengambil keterangan mereka dan memberikan jamin polis kerana kita mendapat kerjasama serta sudah memeriksa peralatan mereka.

“Memang tiada barang ditemukan, jadi tiada kewajaran untuk mereka direman,” katanya.

Menurut Kumar, rakaman pementasan berkenaan tidak tular ketika acara itu berlangsung pada 2018 dan tiada laporan polis dibuat berhubung perkara tersebut pada ketika itu.

Sehubungan itu, polis kini sedang mengesan individu yang menularkan semula rakaman pementasan berusia lapan tahun tersebut.

Kumar berkata, siasatan termasuk meneliti alamat Protokol Internet (IP) yang mempunyai kaitan dengan penyebaran video berkenaan.

“Sekarang ada orang yang menularkan perkara yang berlaku pada 2018 dan kita sedang mengesan orang yang menularkan video itu.

“Hasil siasatan terhadap tiga individu yang ditahan juga mendapati tiada kandungan atau adegan pementasan itu dalam telefon bimbit atau gajet mereka,” katanya.

Beliau berkata, pementasan itu diadakan secara tertutup dan membabitkan beberapa kumpulan yang masing-masing dipercayai diberikan tempoh antara 10 hingga 15 minit untuk membuat persembahan.

“Siasatan awal polis menunjukkan terdapat pemilihan bagi menentukan persembahan terbaik dalam acara berkenaan,” katanya.

Kumar berkata, pusat seni persembahan terbabit kini sudah ditutup, manakala pengarah pementasan dikenal pasti sebagai warga United Kingdom yang telah meninggalkan Malaysia.

“Pengarah pementasan itu bukan warga tempatan dan semakan terakhir mendapati dia sudah pulang ke UK,” katanya.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan masih berjalan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan serta nasihat lanjut,” katanya.

  • Related Posts

    Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

    PENYELESAIAN kes saman antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim, tidak seharusnya berakhir dengan penarikan balik tindakan undang-undang semata-mata. Naib Presiden Parti…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

    SHAH ALAM – Status Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik menjadi persoalan selepas tular beberapa dokumen yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan pendaftaran gabungan itu. Antara dokumen…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

    Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

    PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

    PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

    Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

    Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

    Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

    Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

    Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

    Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

    ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

    ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar