UMNO perlu jadi pendamai, bukan bersikap seperti penderhaka

UMNO seharusnya membuktikan konsistensi prinsip dalam dalam mempertahankan adat, institusi dan perlembagaan Negeri Sembilan, bukan mengingkarinya apabila ia tidak selari dengan kepentingan politik parti.

Penganalisis sosiopolitik, keselamatan dan hubungan antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Ashikin Yusof berkata, UMNO sebagai parti yang mempunyai sejarah panjang dalam politik Negeri Sembilan perlu memahami bahawa isu membabitkan krisis itu sekadar pertikaian politik yang boleh dilihat dari sudut kepentingan parti.

Menurut beliau, jika UMNO mahu menjadikan adat Perpatih dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959 sebagai asas dalam mempertahankan kedudukan institusi negeri, prinsip sama perlu diterapkan secara konsisten tanpa mengira siapa yang terbabit dalam pertikaian.

“Jangan hanya menggunakan adat dan perlembagaan apabila ia selari kepentingan politik tertentu kerana jika itu berlaku, rakyat akan mula mempersoalkan apakah pendirian tersebut benar-benar berasaskan prinsip atau dipengaruhi kepentingan politik.

“UMNO sepatutnya berada di tengah-tengah sebagai pengimbang. Jika berlaku perbezaan pendirian antara Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dengan Undang Yang Empat, peranan UMNO ialah membantu mencari jalan penyelesaian.

“Bukan dilihat mengambil posisi yang boleh menambahkan ketegangan, lebih-lebih lagi apabila parti itu sendiri masih mengiktiraf Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.

Mengulas lanjut, Nur Ashikin berkata, pendirian UMNO juga perlu dilihat dalam konteks selepas BN memenangi PRN Negeri Sembilan, apabila kepimpinan parti menghadap Tuanku Muhriz bagi mendapatkan perkenan pembentukan kerajaan negeri dan mengemukakan nama Menteri Besar.

Beliau berpandangan, perkara terbabit penting berikutan adat dan institusi diraja tidak sepatutnya dijadikan alat untuk mengukuhkan kedudukan mana-mana pihak dalam pertikaian politik.

“Ketika itu, Tuanku Muhriz diiktiraf sebagai Yang di-Pertuan Besar dan peranan Baginda dalam pembentukan kerajaan negeri dihormati. Jadi, apabila berlaku kemelut sekarang, UMNO perlu menjelaskan secara konsisten prinsip yang menjadi sandaran parti.

“Bukannya memberikan gambaran seolah-olah kedudukan institusi boleh dilihat berbeza mengikut keadaan politik semasa. Adat bukan alat politik dan perlembagaan negeri juga bukan instrumen untuk digunakan secara selektif.

“Jika UMNO mahu mempertahankan adat, maka adat perlu dihormati secara menyeluruh. Jika mahu mempertahankan perlembagaan negeri, maka peruntukan perlembagaan perlu dijadikan rujukan tanpa memilih pihak menguntungkan kedudukan politik tertentu,” katanya.

Dalam pada itu, Nur Ashikin memaklumkan, tindakan UMNO juga wajar diperhatikan dari sudut konsistensi parti terhadap kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah.

“Pendirian UMNO wajar dipersoalkan. Jika parti itu masih mengiktiraf Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar yang sah, UMNO perlu menjelaskan secara konsisten pendirian terhadap keputusan dan perkenan Baginda,” katanya.

Beliau berkata, persoalan lebih besar timbul apabila UMNO dilihat lebih mempertahankan pendirian Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin dalam kemelut berkenaan.

Persoalannya, mengapa UMNO dilihat lebih dekat dengan pendirian pihak tertentu sedangkan Tuanku Muhriz masih diiktiraf sebagai Yang di-Pertuan Besar yang sah?

“Kalau prinsip UMNO adalah mempertahankan adat, institusi dan UUTKNS, prinsip itu perlu diterapkan secara konsisten tanpa mengambil kira pihak mana yang sedang berdepan dengan pertikaian,” katanya.

Related Posts

Exco dilucut jawatan, ‘formula’ Tok Mat kembali dipersoal – Pemerhati politik

PEMBATALAN pelantikan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan oleh Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, menghidupkan kembali persoalan mengenai kaedah penyelesaian krisis adat yang pernah disebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemelut Negeri Sembilan uji kemampuan parti bezakan politik, kerajaan dan institusi

KEMELUT yang berlaku di Negeri Sembilan menjadi ujian kepada semua pihak termasuk Barisan Nasional (BN), Pas, Parti Wawasan Negara (Wawasan) dan parti politik lain untuk membezakan antara kepentingan parti, kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemeriahan sukan air dan warisan komuniti sedia warnai Regatta Subis @ Niah 2026

Kemeriahan sukan air dan warisan komuniti sedia warnai Regatta Subis @ Niah 2026

Exco dilucut jawatan, ‘formula’ Tok Mat kembali dipersoal – Pemerhati politik

Exco dilucut jawatan, ‘formula’ Tok Mat kembali dipersoal – Pemerhati politik

Kemelut Negeri Sembilan uji kemampuan parti bezakan politik, kerajaan dan institusi

Kemelut Negeri Sembilan uji kemampuan parti bezakan politik, kerajaan dan institusi

Agro-teknologi jadi pilihan Naufal demi bekalan makanan masa depan

Agro-teknologi jadi pilihan Naufal demi bekalan makanan masa depan

UMNO perlu jadi pendamai, bukan bersikap seperti penderhaka

UMNO perlu jadi pendamai, bukan bersikap seperti penderhaka

Dua kedai serbaneka dibaling bahan letupan, polis buru suspek kes khianat

Dua kedai serbaneka dibaling bahan letupan, polis buru suspek kes khianat