Pahang rekod kutipan hasil lebih RM1 bilion untuk tahun kelima

TEMERLOH – Kutipan hasil negeri Pahang bagi tahun ini melepasi RM1 bilion, sekali gus merekodkan pencapaian itu untuk lima tahun berturut-turut.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pencapaian berkenaan luar biasa memandangkan pada tahun-tahun sebelum ini, kutipan hasil negeri pada September hanya sekitar RM800 juta hingga RM900 juta.

“Alhamdulillah, sehingga hari ini kutipan hasil negeri bagi tahun 2026 telah melepasi angka RM1 bilion, untuk lima tahun berturut-turut, tanpa membebankan rakyat.

“Ini menunjukkan pengurusan kewangan dan pentadbiran negeri semakin kukuh,” katanya, seperti dilapor Pahang Media.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Pahang di Dataran Temerloh, dekat sini, malam tadi.

Hadir sama Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang, Sim Chon Siang yang juga Pengerusi Sambutan Hari Malaysia peringkat negeri.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Nazri Abu Bakar; Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Datuk Indera Fadzilla Salleh dan barisan Exco kerajaan negeri.

Wan Rosdy menjelaskan, pencapaian itu hasil usaha berterusan kerajaan negeri memperkemas sistem kutipan hasil, meningkatkan kecekapan pentadbiran, mengawal ketirisan, memperkukuh pematuhan serta mengoptimumkan sumber negeri dan disokong peranan syarikat berkaitan kerajaan negeri yang memberi pulangan baik.

Katanya, kerajaan negeri turut giat menarik pelaburan, mengembangkan aktiviti ekonomi dan membuka lebih banyak ruang kepada sektor swasta serta usahawan mikro, kecil dan sederhana bagi merangsang ekonomi dan meningkatkan pendapatan rakyat.

Dalam pada itu, sambutan Hari Malaysia peringkat negeri di Dataran Temerloh itu dihadiri lebih 7,000 pengunjung berlangsung meriah malam tadi.

Wan Rosdy berkata, penganjuran program berskala besar di daerah seperti Temerloh dapat memberi manfaat langsung kepada peniaga kecil, pengusaha makanan serta pengeluar produk tempatan, selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk tidak hanya menumpukan program di Kuantan.

Related Posts

Hari Malaysia 2026: KSU Komunikasi hargai komitmen semua pihak, syukur kelancaran majlis

KUCHING – Kementerian Komunikasi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah berganding bahu bagi memastikan kelancaran dan kejayaan penganjuran Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Borneo…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Premier Sarawak rakam penghargaan kerajaan MADANI setuju kongsi kuasa bidang pelancongan

KUCHING – Kerajaan MADANI terus mempamerkan komitmen kukuh dalam menyelesaikan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) apabila bersetuju untuk menentukan satu formula khusus bagi perkongsian hasil antara kerajaan Persekutuan dengan Sarawak.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hari Malaysia 2026: KSU Komunikasi hargai komitmen semua pihak, syukur kelancaran majlis

Hari Malaysia 2026: KSU Komunikasi hargai komitmen semua pihak, syukur kelancaran majlis

Pahang rekod kutipan hasil lebih RM1 bilion untuk tahun kelima

Pahang rekod kutipan hasil lebih RM1 bilion untuk tahun kelima

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX