Tiada sijil halal, guna kalimah Allah, Muhammad di restoran, pemilik didenda RM18,000

IPOH – Seorang pemilik restoran ‘sizzling’ didenda RM18,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping, pada Selasa selepas mengaku bersalah menggunakan representasi berkaitan Islam berupa kalimah ‘Allah’ dan ‘Muhammad’ di premisnya yang didapati bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail, berkata tindakan itu susulan pemeriksaan sepasukan anggota Bahagian Penguatkuasa KPDN Cawangan Taiping di sebuah restoran di Jalan Kamunting, Taiping pada 1 Januari lalu.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati premis berkenaan menggunakan hiasan gantung yang tertera kalimah ‘Allah’ dan ‘Muhammad’.

“Semakan status pengesahan Sijil Halal Malaysia melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak mengesahkan restoran tersebut bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

“Hasil analisis oleh Jabatan Kimia Malaysia mendapati dua botol kicap yang disita mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Kamalludin berkata, kes itu dikendalikan Pegawai Pendakwa, Mohamed Nizam Mohamed Yunan, manakala tertuduh, Seah Thien Lim, 43, mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM18,000 terhadap pemilik restoran tersebut.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Perintah 4(1), Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011.

Related Posts

Belia perlu bijak tapis maklumat, elak sebar berita palsu – George

SANDAKAN – Golongan muda perlu bersikap rasional dan berhati-hati dalam menilai lambakan maklumat di media sosial bagi mengelak terjebak menyebarkan berita palsu. Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Arthur bawa isu air UMS ke Kabinet, mahasiswa perlu rancang masa depan

KOTA KINABALU – Masalah bekalan air yang dihadapi pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dibawa ke peringkat Jemaah Menteri bagi membolehkan tindakan penyelesaian diambil secepat mungkin. Menteri Sumber Asli dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belia perlu bijak tapis maklumat, elak sebar berita palsu – George

  • By Fandi
  • September 15, 2026
Belia perlu bijak tapis maklumat, elak sebar berita palsu – George

Arthur bawa isu air UMS ke Kabinet, mahasiswa perlu rancang masa depan

Arthur bawa isu air UMS ke Kabinet, mahasiswa perlu rancang masa depan

Tiada sijil halal, guna kalimah Allah, Muhammad di restoran, pemilik didenda RM18,000

Tiada sijil halal, guna kalimah Allah, Muhammad di restoran, pemilik didenda RM18,000

MA63: NRES sudah laksana bahagian, kini giliran Sabah sambut penurunan kuasa – Arthur

MA63: NRES sudah laksana bahagian, kini giliran Sabah sambut penurunan kuasa – Arthur

Hak 40 peratus Sabah perlu diselesaikan berlandaskan semangat MA63 – Musa Aman

  • By Ithma
  • September 15, 2026
Hak 40 peratus Sabah perlu diselesaikan berlandaskan semangat MA63 – Musa Aman

Ahli Parlimen Miri zahir takziah, salur bantuan buat waris mangsa nahas Long Lellang

Ahli Parlimen Miri zahir takziah, salur bantuan buat waris mangsa nahas Long Lellang