Ahli Parlimen Miri zahir takziah, salur bantuan buat waris mangsa nahas Long Lellang

MIRI – Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man merakamkan ucapan takziah kepada waris lima mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Ulu Baram, baru-baru ini.

Menyifatkan tragedi tersebut sebagai satu kehilangan besar yang amat menyayat hati, beliau berkata, kesemua mangsa yang terdiri daripada juruterbang dan barisan petugas kesihatan sedang melaksanakan tugas mulia demi menyampaikan perkhidmatan perubatan kepada komuniti pedalaman yang sukar mendapat akses kesihatan.

Lima wira yang terkorban dalam nahas tersebut ialah juruterbang, Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham; pegawai perubatan, Allahyarhamah Dr Ainul Baraah Kamaruddin; penolong pegawai perubatan, mendiang Alexson Adit Henry; serta dua jururawat, mendiang Debra Moset dan mendiang Jessie Paya Jok.

“Dedikasi dan khidmat mereka kepada rakyat akan sentiasa dikenang. Pada saat yang amat sukar ini, doa saya sentiasa mengiringi keluarga mangsa agar diberikan kekuatan, ketabahan dan ketenangan untuk menghadapi ujian berat ini,” katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Meletakkan kebajikan keluarga mangsa sebagai keutamaan, Choon Man telah menziarahi keluarga mendiang Jessie dan mendiang Alexson pada Ahad lalu bagi memberi penghormatan terakhir serta menyerahkan bantuan kecemasan sebanyak RM1,000 kepada setiap keluarga. 

Terdahulu pada Jumaat, wakil Pusat Khidmat Miri bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Sarawak turut menziarahi waris dan menyampaikan sumbangan awal sebanyak RM1,000.

Bagi perancangan sokongan jangka panjang, beliau memberi komitmen untuk terus berhubung dengan suami mendiang Jessie bagi menyalurkan bantuan yang sewajarnya.

“Manakala bagi keluarga mendiang Alexson pula, saya akan membantu isterinya untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian bagi menyokong kelangsungan hidup mereka sekeluarga,” jelasnya.

Dalam pada itu, Choon Man turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi, pasukan keselamatan, petugas perubatan, dan penduduk tempatan yang bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) serta proses pemulihan. 

Beliau pada masa sama menggesa semua pihak agar memberi ruang sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan, selain menghormati privasi keluarga mangsa pada ketika ini.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills