‎Sabah rekod 1,551 kes kebakaran terbuka sejak Mac

KOTA KINABALU – Sebanyak 1,551 kes kebakaran terbuka direkodkan di seluruh Sabah bagi tempoh 1 Mac hingga 13 September lalu, dengan kebakaran belukar dan alang menyumbang sebahagian besar daripada keseluruhan kes.
‎
‎Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Mohd Pisar Aziz, berkata sebanyak 1,012 kes atau 65.2 peratus membabitkan kebakaran belukar dan alang, manakala 381 kes atau 24.6 peratus lagi membabitkan kebakaran hutan.

‎“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka, terutama ketika keadaan cuaca kering kerana api boleh merebak dengan pantas dan sukar dikawal.
‎
‎“Keselamatan nyawa, harta benda dan alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama.
‎
‎”Masyarakat perlu memainkan peranan dengan mengelakkan pembakaran terbuka, segera memadamkan sebarang punca api dan melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku kebakaran,” katanya dalam kenyataan,pada Isnin.

‎Mengulas mengenai statistik mengikut suku tahun, Mohd Pisar berkata, jumlah kes tertinggi direkodkan pada suku kedua antara April hingga Jun dengan 655 kes atau 42.2 peratus.
‎
‎”Suku ketiga pula merekodkan 470 kes atau 30.3 peratus, manakala 426 kes atau 27.5 peratus dicatatkan pada suku pertama.
‎
‎”Jumlah kes berkenaan menunjukkan keperluan untuk masyarakat terus meningkatkan kesedaran dan mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian kebakaran terbuka, terutama ketika keadaan cuaca panas dan kering,” ujarnya.

‎Pada masa sama, Mohd Pisa berkata, ‎JBPM Sabah akan terus memperkukuh pemantauan kawasan titik panas (hotspot) serta meningkatkan kesiapsiagaan operasi bagi memastikan tindakan segera dapat diambil sekiranya berlaku kebakaran.
‎
‎Tambahnya, usaha pendidikan dan kesedaran awam juga akan dipertingkatkan sebagai langkah mengurangkan risiko kebakaran terbuka di seluruh Sabah.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills