5,000 jemah imarahkan Festival Turath Islami Malaysia

PUTRAJAYA – Kehadiran lebih 5,000 jemaah pada hari pertama penganjuran Festival Turath Islami Malaysia (FTIM) mencerminkan penerimaan positif masyarakat terhadap acara keagamaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata, susulan itu pihaknya menyasarkan kehadiran lebih 100,000 pengunjung tahun ini.

“Alhamdulillah, hari ini (semalam) lebih 5,000 jemaah hadir mendengar tausiah dan taujihat. Kita juga menerima permintaan yang sangat banyak daripada pelbagai pihak.

“Jika sebelum ini di Selangor, keseluruhan kehadiran melebihi 50,000 orang. Pada tahun ini kita berharap jumlah kehadiran boleh mencecah lebih 100,000,” katanya selepas merasmikan FTIM di Masjid Putra, di sini, malam tadi.

Menurutnya, festival itu turut menarik kehadiran jemaah dari seluruh negara serta negara jiran termasuk Singapura, Brunei dan Thailand.

Dr Zulkifli berkata, kemudahan turut disediakan bagi menampung kehadiran jemaah sepanjang festival berlangsung termasuk menjadikan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai lokasi untuk pengunjung bermalam.

Beliau menambah FTIM yang memasuki tahun keempat kini diperluas ke peringkat nasional selepas tiga tahun berturut-turut dianjurkan di Selangor.

Festival itu katanya mengetengahkan pengajian kitab turath dengan Kitab Al-Hikam dipilih sebagai karya utama tahun ini, selain Festival Buku Islami, pameran busana serta pelbagai program lain.

“Turath ini adalah tradisi dan warisan kita. Walaupun ia sudah lama, seperti Kitab Al-Hikam yang diajarkan sejak abad ke-17 di tanah air kita, ia terus relevan.

“Ia memberikan bimbingan dan kekuatan kepada umat Islam untuk menghayati, memahami ajaran Islam serta membentuk akhlak, fikrah dan adab,” katanya.

FTIM 2026 bertemakan Hikmah Warisan Islam berlangsung dari 13 hingga 20 September dengan 42 acara, selepas penganjurannya dipindahkan dari Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam ke Masjid Putra, Putrajaya.

Festival berkenaan menampilkan 23 tokoh tempatan dan antarabangsa termasuk bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Dr Ali Jum’ah serta ulama Maghribi Prof Dr Sayyid Idris al-Fasi al-Fihri.

Program berkenaan turut disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial sepanjang penganjurannya.

Related Posts

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan dan Pentadbir Tanah Daerah Pasir Mas diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM17.46 juta kepada 348 peserta FELCRA Bukit Tandak berhubung pengeluaran tender pembalakan pokok getah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills