KSU Kementerian Komunikasi edar 200 bungkusan promosi Hari Malaysia 2026 di LTAK

KUCHING – Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah mengedarkan sebanyak 200 bungkusan barangan penajaan dan bahan promosi Hari Malaysia 2026 kepada orang awam di Balai Pelepasan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada Ahad.

Pengedaran yang disempurnakan sejurus ketibaan beliau itu merupakan inisiatif serampang dua mata bagi menyebarkan hebahan promosi, di samping bertindak sebagai tanda penghargaan kepada orang awam bersempena dengan penganjuran sambutan peringkat kebangsaan di Sarawak pada tahun ini.

Ketibaan beliau bagi memulakan siri lawatan kerja dan tinjauan persiapan Hari Malaysia itu telah disambut oleh Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Sarawak, Sabri Said.

Berdasarkan jadual lawatan rasmi tersebut, Datuk Abdul Halim dijangka menghadiri Majlis Perasmian Pameran Sambutan Perayaan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang akan diadakan di Atrium Utama, Plaza Merdeka pada 14 September (esok).

Pada hari yang sama, beliau turut dijadualkan untuk meninjau kelancaran raptai penuh Sambutan Hari Malaysia di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) bagi memastikan segala persiapan teknikal, kelancaran atur cara dan logistik berada pada tahap optimum. 

Seterusnya, kemuncak lawatan beliau adalah menghadiri acara rasmi Sambutan Perayaan Hari Malaysia yang bakal berlangsung gilang-gemilang di BCCK pada 16 September ini.

Turut mengiringi beliau dalam sesi penyerahan bahan promosi di LTAK ialah barisan pengurusan tertinggi Kementerian Komunikasi yang terdiri daripada Setiausaha Bahagian Teknologi Komunikasi, Nik Yusaimi Yussof; Setiausaha Bahagian Kawalan dan Pematuhan, Kamarudin Abdul Rani; serta Setiausaha Bahagian Komunikasi Strategik dan Korporat, Naim Fahmi Ahmad Tajuddin.

Foto: Jabatan Penerangan Sarawak

Related Posts

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

KULIM – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan pendirian Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk kekal bersama Kerajaan Perpaduan sehingga akhir penggal pentadbiran sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu Baja 3 lewat, pengarah urusan ditahan SPRM

ALOR SETAR – Seorang pengarah urusan sebuah syarikat pembekal baja ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung isu kelewatan pengagihan bekalan baja sebatian tambahan (Baja 3) kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

KSU Kementerian Komunikasi edar 200 bungkusan promosi Hari Malaysia 2026 di LTAK

KSU Kementerian Komunikasi edar 200 bungkusan promosi Hari Malaysia 2026 di LTAK

Isu Baja 3 lewat, pengarah urusan ditahan SPRM

Isu Baja 3 lewat, pengarah urusan ditahan SPRM

Gagasan Rakyat yakini pendekatan jelas Hajiji pertahan, selesai segera 40 peratus hak Sabah

  • By Fatin
  • September 13, 2026
Gagasan Rakyat yakini pendekatan jelas Hajiji pertahan, selesai segera 40 peratus hak Sabah

48 jurutera empat negara bina kemudahan Klinik Kesihatan Telipok

  • By Ezmie
  • September 13, 2026
48 jurutera empat negara bina kemudahan Klinik Kesihatan Telipok

Lebih 3,000 serbu Program MADANI Kita di Gopeng

Lebih 3,000 serbu Program MADANI Kita di Gopeng