Gagasan Rakyat yakini pendekatan jelas Hajiji pertahan, selesai segera 40 peratus hak Sabah

TAWAU – Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) meyakini pendirian tegas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor dalam mempertahan sekali gus memperjuangkan penyelesaian tuntutan hak 40 peratus hasil bersih Sabah di bawah kerangka Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Penerangan Gagasan Rakyat, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, pendekatan Hajiji selama ini adalah jelas iaitu tegas mempertahankan hak Sabah, tetapi pada masa yang sama memilih jalan rundingan untuk menghasilkan penyelesaian yang konkrit.

“Bagi Gagasan Rakyat, soal hak Sabah mengatasi kepentingan politik kepartian serta apa juga yang menjadi hak negeri dan rakyat Sabah mesti diperjuangkan secara konsisten.

“Kita menghargai keterbukaan Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meneruskan rundingan mengenai perkara-perkara yang belum selesai,” katanya dalam kenyataan media, pada Ahad.

Sehubungan itu katanya, pendekatan itu telah menghasilkan kemajuan dalam beberapa tuntutan MA63 sebelum ini dan perlu diteruskan sehingga perkara-perkara yang masih tertangguh dapat diselesaikan sepenuhnya.

“Sabah tidak meminta lebih daripada apa yang menjadi haknya tetapi kita hanya mahu apa yang telah dipersetujui dan diperuntukkan dalam kerangka Perlembagaan dilaksanakan dengan adil, konsisten dan penuh tanggungjawab.

“Pendirian yang dibawa oleh Ketua Menteri dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) baru-baru ini jelas mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan hak-hak Sabah tidak sekadar dibincangkan, tetapi diterjemahkan kepada penyelesaian yang nyata serta memberikan manfaat kepada rakyat.

“Tuntutan 40 peratus bukan tuntutan baharu dan bukan juga soal ihsan daripada mana-mana pihak kerana ia merupakan hak Sabah sewajarnya diselesaikan dengan penuh tanggungjawab, adil serta dalam semangat sebenar pembentukan Malaysia,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Gagasan Rakyat turut menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan meningkatkan bayaran interim kepada Sabah kepada RM1.5 bilion bermula tahun ini.

Tambah Nizam, ini termasuk persetujuan secara prinsip untuk meningkatkan nisbah perwakilan Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat, usaha mempercepatkan Borneonisasi perkhidmatan awam Persekutuan serta perkara-perkara lain yang masih belum diselesaikan di bawah MA63.

“Ini merupakan satu perkembangan positif hasil rundingan berterusan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

“Namun demikian, bayaran interim ini tidak menutup tuntutan 40 peratus yang masih perlu dimuktamadkan sebagaimana yang terus ditegaskan oleh Ketua Menteri.

“Selain itu, suara Sabah perlu mempunyai kedudukan yang lebih kukuh dalam institusi Parlimen, selaras dengan kedudukan dan semangat Sabah serta Sarawak ketika Malaysia dibentuk pada tahun 1963.

“Semua ini mempunyai kaitan langsung dengan kedudukan Sabah dalam Persekutuan dan kemampuan negeri untuk menentukan serta mengurus kepentingannya dengan lebih berkesan,” jelasnya.

Related Posts

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

KULIM – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan pendirian Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk kekal bersama Kerajaan Perpaduan sehingga akhir penggal pentadbiran sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KSU Kementerian Komunikasi edar 200 bungkusan promosi Hari Malaysia 2026 di LTAK

KUCHING – Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah mengedarkan sebanyak 200 bungkusan barangan penajaan dan bahan promosi Hari Malaysia 2026 kepada orang awam di Balai Pelepasan, Lapangan Terbang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

KSU Kementerian Komunikasi edar 200 bungkusan promosi Hari Malaysia 2026 di LTAK

KSU Kementerian Komunikasi edar 200 bungkusan promosi Hari Malaysia 2026 di LTAK

Isu Baja 3 lewat, pengarah urusan ditahan SPRM

Isu Baja 3 lewat, pengarah urusan ditahan SPRM

Gagasan Rakyat yakini pendekatan jelas Hajiji pertahan, selesai segera 40 peratus hak Sabah

  • By Fatin
  • September 13, 2026
Gagasan Rakyat yakini pendekatan jelas Hajiji pertahan, selesai segera 40 peratus hak Sabah

48 jurutera empat negara bina kemudahan Klinik Kesihatan Telipok

  • By Ezmie
  • September 13, 2026
48 jurutera empat negara bina kemudahan Klinik Kesihatan Telipok

Lebih 3,000 serbu Program MADANI Kita di Gopeng

Lebih 3,000 serbu Program MADANI Kita di Gopeng