UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

KUCHING – Universiti Utara Malaysia (UUM) merintis kerjasama strategik bersama Kerajaan Sarawak dalam bidang komunikasi menerusi penyerahan surat hasrat sempena International Conference on Media and Communication 2026 (i-COME’26), di sini, pada Jumaat.

Dekan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC), Prof. Madya Dr. Mohd Khairie Ahmad berkata, kerjasama itu bakal membuka ruang lebih luas antara kedua-dua pihak khususnya dalam perkongsian kepakaran dan pelaksanaan inisiatif bersama.

“Kerjasama ini bakal membuka ruang perkongsian kepakaran, pertukaran idea dan pelaksanaan inisiatif bersama antara Universiti Utara Malaysia dengan Kerajaan Sarawak.

“Usaha ini berpotensi memperkukuh jaringan strategik serta memberi manfaat kepada masyarakat dan pembangunan negeri Sarawak,” katanya.

Menurut beliau, kepakaran UUM dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) turut berpotensi dimanfaatkan bagi mendorong pelajar mendekati komuniti, menyumbang idea segar serta memperkaya pengalaman mereka.

Surat hasrat berkenaan disampaikan Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Ahmad Marthada Mohamed kepada Pengarah UKAS, Awang Putrayusrie Awang Redzuan.

Penyerahan itu disaksikan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Abdullah Saidol yang turut merasmikan i-COME’26.

Dalam pada itu, perkembangan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) menjadi antara fokus utama persidangan berkenaan apabila 48 daripada keseluruhan 73 kertas kerja yang dibentangkan menyentuh kedua-dua bidang tersebut.

Antara isu diketengahkan ialah peranan media sosial dalam membentuk wacana masyarakat, literasi digital, kepercayaan terhadap berita dalam talian serta pengaruh pempengaruh dalam membentuk pandangan khalayak.

Persidangan itu turut membincangkan komunikasi politik, transformasi organisasi dalam era digital, kebolehcapaian teknologi serta kesediaan organisasi menerapkan teknologi baharu.

i-COME’26 edisi ke-10 menghimpunkan kira-kira 100 peserta daripada latar belakang akademik dan industri termasuk peserta antarabangsa dari Pakistan, Indonesia, China dan Jepun.

Persidangan yang berlangsung pada 11 dan 12 September di Muzium Budaya Borneo itu mengangkat tema Navigating Global Communication through Digital Competence for a Sustainable Future dengan mengetengahkan 11 bidang termasuk media dan kewartawanan, komunikasi politik, multimedia serta isu sosial siber dan AI.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan