Kes 30 warga Malaysia ditahan di Pontianak, PDRM bantu siasatan

PEKAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat penahanan 30 rakyat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat oleh pihak berkuasa Indonesia kerana disyaki terbabit dalam sindiket penipuan dalam talian.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan akan tertumpu kepada sama ada kes itu membabitkan sindiket terancang atau sekadar dilakukan oleh 30 individu itu sahaja.

“Berlaku semalam. Saya akan rujuk kepada Bahagian Siasatan Jenayah dan Jenayah Komersial untuk tindakan susulan.

“Memandangkan jenayah itu bersifat penipuan dalam talian, lazimnya pihak Indonesia akan maklumkan kepada polis kita bagi memberi ruang kita jalankan siasatan dari sudut pandang Malaysia,” katanya, lapor Kosmo Online.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Peluncuran Program Kampung Angkat dan Sekolah Angkat MADANI di Sekolah Kebangsaan Nenasi dekat sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan pihak berkuasa Indonesia menahan 30 rakyat Malaysia dan seorang lelaki Taiwan dalam serbuan di Pontianak.

Ketua Pejabat Imigresen Pontianak, Sam Fernando dilaporkan berkata, kesemua 22 lelaki dan 8 wanita warga Malaysia serta seorang lelaki Taiwan itu kini ditempatkan di Pusat Tahanan Imigresen Pontianak untuk siasatan lanjut.

Menurut Fernando, siasatan awal mendapati sasaran kumpulan itu adalah warga Malaysia dan setakat diketahui tiada warga Indonesia menjadi mangsa.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata hubungan kerjasama antara PDRM dan Polis Indonesia berada pada tahap baik dan pertukaran maklumat akan dilakukan bagi membantu siasatan.

“Apabila maklumat lengkap diterima, barulah kita boleh tentukan tindakan seterusnya,” ujarnya.

Related Posts

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

PUTRAJAYA – Taktik licik sindiket penipuan dalam talian antarabangsa menjadikan sebuah pusat peranginan di Sungai Lembing, Pahang yang ditutup sejak tahun lalu sebagai pusat panggilan terbongkar selepas diserbu Jabatan Imigresen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyasarkan pencapaian lebih besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang termasuk meningkatkan jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi bagi mengukuhkan suara dan kuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills