Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

CAMERON HIGHLANDS – Hujan lebat yang melanda Cameron Highlands petang semalam mengakibatkan banjir kilat dan banjir lumpur di beberapa lokasi, selain kejadian tanah runtuh yang menjejaskan laluan di sekitar Tanah Rata.

Antara kawasan yang terjejas ialah sekitar Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands, apabila aliran air bercampur lumpur dilaporkan melimpah ke kawasan berkenaan.

Rakaman yang tular di media sosial turut menunjukkan air keruh mengalir ke jalan raya, kawasan perumahan dan sebahagian kenderaan.

Dalam kejadian berasingan, tanah runtuh dilaporkan berlaku di Seksyen 1.4, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, Tanah Rata, menyebabkan laluan berkenaan ditutup sementara bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Keadaan cuaca dan hujan berterusan turut menyebabkan beberapa lokasi lain di Cameron Highlands berdepan limpahan air.

Susulan kejadian banjir lumpur, Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands ditutup sementara bermula 12 September sehingga diberitahu kelak bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan pemulihan dijalankan sebelum kawasan berkenaan dibuka semula kepada pengunjung.

Setakat laporan yang diperoleh, kejadian turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk serta orang ramai yang merancang untuk menuju ke Cameron Highlands.

Orang ramai, khususnya pengguna jalan raya dan pelancong, dinasihatkan supaya berhati-hati, mengelakkan kawasan berisiko serta menangguhkan perjalanan sekiranya keadaan cuaca masih tidak mengizinkan.

Situasi banjir dan tanah runtuh di kawasan tanah tinggi boleh berubah dengan pantas terutama ketika hujan lebat berterusan.

Dalam pada itu, seorang lelaki warganegara Jerman disahkan meninggal dunia selepas tergelincir dan jatuh ketika menuruni Gunung Jasar, di sini tengah hari semalam.

​Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands menerusi kenyataan rasmi memaklumkan pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian terbabit kira-kira jam 12.15 tengah hari sebelum bergerak ke lokasi bersama agensi penyelamat lain.

​Setibanya di lokasi, pasukan penyelamat menemui mangsa, Jorg Habellbusch yang berusia 57 tahun dalam keadaan tertiarap di alur cerun bukit dengan kecederaan pada bahagian kepala sebelum pegawai perubatan mengesahkan kematian mangsa.

​Siasatan awal mengesahkan mangsa bersama isterinya memulakan pendakian pada jam 10.00 pagi.

Mangsa dipercayai tergelincir semasa menuruni cerun berkenaan dan pemeriksaan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam insiden terbabit.

​Jasad mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom cameron highland bagi proses bedah siasat. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Cameron Highlands di talian 05-4915999.

Sumber: Ikbm, JbpmMalaysia

Related Posts

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

NIAH – Program JIWA@Komuniti sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 terus menjadi platform strategik bagi memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat, khususnya buat penduduk di sekitar kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

KUCHING – Universiti Utara Malaysia (UUM) merintis kerjasama strategik bersama Kerajaan Sarawak dalam bidang komunikasi menerusi penyerahan surat hasrat sempena International Conference on Media and Communication 2026 (i-COME’26), di sini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

  • By Aden
  • September 12, 2026
Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude