‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

SHAH ALAM – Penggunaan istilah ‘Guru’ dan ‘Slayyy’ antara yang digunakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebook malam tadi, dipercayai membalas secara berseloroh sindiran Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Anwar yang tiba di New Delhi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS Ke-18 menggunakan kedua-dua istilah berkenaan ketika berkongsi perkembangan misi diplomatik Malaysia kepada rakyat.

“Doakan misi diplomasi negara ini mencapai matlamatnya. Semoga anak didik dapat belajar dari Guru cara Diplomasi MADANI diterjemahkan. ‘Slayyy’,” katanya dalam hantaran itu.

Hantaran berkenaan dipercayai sebagai respons berseloroh terhadap ucapan dasar Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada hari sama.

Dalam ucapan berkenaan, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO menyentuh beberapa dasar kerajaan berkaitan percukaian dan ketidakpastian ekonomi, selain beberapa kali menggunakan istilah ‘guru’ dalam merujuk kepada kepimpinan Kerajaan Perpaduan secara berkias.

Penggunaan istilah ‘guru’ itu turut dikaitkan dengan trend serta meme yang tular di media sosial tempatan, khususnya dalam kalangan netizen ketika menyampaikan nasihat atau sindiran secara berseloroh.

Ahmad Zahid turut mencuri perhatian apabila menggunakan bahasa slanga Generasi Z (Gen-Z) ketika menyeru golongan muda dalam parti supaya membawa idea serta pendekatan baharu.

Penggunaan semula istilah ‘Guru’ dan ‘Slayyy’ oleh Anwar dalam hantaran rasmi dari New Delhi itu dilihat mencerminkan respons bersahaja dan humor antara dua pemimpin utama Kerajaan Perpaduan.

Related Posts

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

KOTA KINABALU – Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan pengendali platform e-dagang dan peniaga tempatan bagi menangani ketidakseimbangan persaingan yang semakin memberi tekanan kepada perniagaan fizikal, khususnya akibat penjualan produk pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima aduan berhubung penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan dan menyebarkan gambar serta video berunsur seksual yang didakwa membabitkan pelajar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok