Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

NIAH – Program JIWA@Komuniti sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 terus menjadi platform strategik bagi memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat, khususnya buat penduduk di sekitar kawasan Saeh.

Program yang berlangsung di Rumah Panjang Christopher Banyong pada Jumaat itu memberi peluang kepada penduduk setempat untuk menerima pendedahan rasmi mengenai dasar serta inisiatif terkini kerajaan. 

Pengerusi Pembangunan Zon Saeh, Tr Christopher Banyong Gisang menyifatkan penganjuran inisiatif oleh Jabatan Penerangan (JAPEN) itu amat bertepatan bagi memastikan masyarakat di kawasan tersebut tidak keciciran maklumat yang sahih.

“Saya menyeru seluruh penduduk agar bersama-sama menyahut kempen mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman masing-masing. 

“Bendera kebangsaan bukan sekadar hiasan, sebaliknya menjadi lambang kesetiaan, kesatuan dan manifestasi rasa syukur terhadap nikmat kemerdekaan negara,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Kecil Niah, Melina Kelali dalam ucapannya mengingatkan masyarakat bahawa kemerdekaan bukan sekadar kebebasan daripada kuasa penjajah, tetapi hadir bersama tanggungjawab besar untuk mempertahankan keamanan. 

Beliau menegaskan bahawa kepelbagaian kaum dan budaya, khususnya di Niah, merupakan satu kekuatan unik yang perlu sentiasa dipelihara melalui sikap toleransi dan saling menghormati.

Bagi menangkis ancaman penyebaran berita palsu, Melina turut menasihati masyarakat agar membudayakan amalan menyemak kesahihan sesuatu maklumat di media sosial berpandukan prinsip ‘Tidak pasti, jangan kongsi’. 

Pada masa yang sama, golongan ibu bapa digesa untuk menggalas tanggungjawab mendidik generasi muda agar sentiasa menghargai sejarah dan bangga memegang identiti sebagai rakyat Malaysia.

Selain mempromosikan inisiatif ‘1 Rumah 1 Jalur Gemilang’, pengisian program keramaian itu turut dimantapkan dengan sesi ceramah bertajuk “Inisiatif Sektor Agrikomoditi” yang dikendalikan oleh wakil Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM). 

Acara tersebut diakhiri dengan nyanyian lagu kebangsaan dan kebesaran negeri, lafaz ikrar, serta sesi ramah mesra bersama komuniti setempat.

Related Posts

‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

KOTA KINABALU – “Ayuh Sabahan! Kita bangun bersama, bersatu berpadu. Kita jaga Sabah!” menjadi seruan kepada pimpinan dan ahli Warisan, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) serta STAR untuk memperkukuh kesatuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

  • By Ezmie
  • October 6, 2026
‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

Segerakan intervensi sekolah selamat, bukan polemik atau medan tuduh-menuduh

Segerakan intervensi sekolah selamat, bukan polemik atau medan tuduh-menuduh