PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

UMNO digesa agar tidak mengheret institusi Raja dalam perbahasan mengenai rasuah dan integrity, tegas Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin.

Beliau berkata, kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang mendakwa Pakatan Harapan (PH) mempertikaikan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong adalah tidak berasas.

Katanya, PH dalam kenyataannya jelas menyatakan pendirian menjunjung Perlembagaan serta menghormati institusi Yang di-Pertuan Agong.

“Saya cuma mahu tanya satu perkara, ayat mana dalam kenyataan PH yang mempertikaikan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong?

“Jangan letakkan perkataan yang tidak pernah disebut oleh PH. Kenyataan PH sangat jelas. Kita menjunjung Perlembagaan dan menghormati institusi Yang di-Pertuan Agong,” katanya menerusi Facebook malam tadi.

Menurut Danish, kenyataan PH sebenarnya menyentuh isu rasuah, salah guna kuasa, hukuman mahkamah dan kedaulatan undang-undang, bukannya serangan terhadap institusi Raja.

“Jangan tukar gelanggang bila sudah tersepit. PH bercakap soal rasuah, UMNO pula menjawab seolah-olah PH mempertikaikan Raja,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong tidak pernah dinafikan atau dipertikaikan PH.

Katanya, menghormati kuasa pengampunan tidak bermakna mana-mana pihak perlu berdiam diri dalam isu rasuah.

“UMNO sendiri mengatakan mereka tidak mahu mendahului pertimbangan Lembaga Pengampunan. Kalau begitu, biarkan proses itu berjalan mengikut Perlembagaan.

“Tetapi jangan setiap kali berdepan persoalan tentang rasuah dan integriti, institusi Raja pula diheret masuk untuk mengubah gelanggang perbahasan,” katanya.

Danish berkata, institusi Raja tidak seharusnya dijadikan perisai apabila rakyat mempersoalkan isu rasuah dan integriti.

“PH tidak mempertikaikan Raja. PH mempertahankan prinsip bahawa rasuah mesti dilawan dan kedaulatan undang-undang mesti dihormati,” katanya.

Related Posts

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

KANGAR – Seramai 90 ketua cawangan Bersatu Bahagian Kangar bersama sebahagian besar kepimpinan bahagian itu mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta. Pengunduran itu turut membabitkan Naib Ketua Bersatu Bahagian Kangar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Asyraf Wajdi, jangan jadikan isu rasuah drama penderhakaan

SETIAUSAHA Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki diminta tidak mengubah isu rasuah dan integriti menjadi persoalan berkaitan penderhakaan terhadap institusi Raja-Raja Melayu. Timbalan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Shafi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3