Kerajaan Sarawak salur sumbangan RM100,000 buat keluarga mangsa nahas helikopter

KUCHING – Kerajaan Sarawak bersetuju untuk menyalurkan sumbangan kewangan sebanyak RM100,000 kepada keluarga petugas yang terkorban dalam insiden nahas helikopter berhampiran Long Lellang pada Selasa.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memaklumkan bahawa inisiatif tersebut turut merangkumi pembiayaan yuran pendidikan anak-anak mangsa yang masih bersekolah. 

Bantuan pendidikan berkenaan akan ditanggung sepenuhnya di bawah pengurusan Yayasan Sarawak.

Penyaluran dana tersebut bertindak sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan kerajaan negeri terhadap pengorbanan para petugas terbabit. 

Mereka terkorban ketika sedang gigih menggalas amanah mulia untuk memberikan perkhidmatan rawatan kepada rakyat di kawasan pedalaman.

“Kerajaan Sarawak merakamkan salam takziah dan rasa dukacita yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga serta waris mangsa atas kehilangan insan tersayang,” katanya menerusi satu kenyataan media pada Rabu.

Beliau turut mendoakan agar semua waris mangsa yang terlibat diberikan kekuatan serta ketabahan bagi mendepani detik kehilangan yang amat berat ini.

Related Posts

‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

KOTA KINABALU – “Ayuh Sabahan! Kita bangun bersama, bersatu berpadu. Kita jaga Sabah!” menjadi seruan kepada pimpinan dan ahli Warisan, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) serta STAR untuk memperkukuh kesatuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM