Dakwaan AS tawar bantu Pas jatuhkan kerajaan, PKR Lembah Pantai buat laporan polis

KUALA LUMPUR – PKR Lembah Pantai membuat laporan polis berkenaan dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan kepada parti itu untuk menjatuhkan kerajaan pada 2014.

Ketua Penerangan PKR Lembah Pantai, Firdaus Sobri berkata, laporan itu dibuat susulan kenyataan yang dilemparkan Abdul Hadi bersifat hasutan yang boleh memberi persepsi yang tidak tepat.

“Saya selaku Ketua Penerangan PKR Lembah Pantai serta rakan-rakan saya dan Ketua Penerangan Wilayah Persekutuan dan sebelah Ketua AMK Lembah Pantai, membuat satu laporan polis berkenaan dengan kenyataan Hadi dedah AS pernah tawar bantu Pas jatuhkan kerajaan.

“Kenyataan itu berunsurkan hasutan (seperti yang disiarkan) di portal media sosial bertarikh pada 5 haribulan (September 2026),” katanya menerusi hantaran video, pada Ahad.

Sehubungan itu, beliau turut berharap siasatan dapat dijalankan secara menyeluruh bagi menentukan sama ada kenyataan berkenaan mempunyai unsur yang boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang.

“Kita mohon untuk pihak PDRM melakukan siasatan yang telus mengikut lunas undang-undang dan akta-akta berkaitan susulan daripada laporan polis yang kita buat hari ini, Insya-Allah,” katanya.

Sebelum ini, Abdul Hadi memaklumkan bahawa seorang wakil Kedutaan AS pernah bertanya kepadanya mengenai calon yang dicadangkan parti itu sebagai Perdana Menteri.

Abdul Hadi mendakwa pertemuan berkenaan berlaku ketika Pas masih menjadi sebahagian daripada gabungan Pakatan Rakyat, sekitar waktu lawatan Presiden AS ketika itu, Barack Obama, ke Malaysia.

Beliau membuat dakwaan berkenaan ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas Ke-72 di Kota Bharu, pada Sabtu.

Abdul Hadi turut mendakwa Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden Pas, Datuk Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebelum itu diberitahu oleh Duta AS bahawa kerajaan boleh dijatuhkan, dengan AS bersedia memberikan bantuan

Related Posts

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

PUTRAJAYA – Penjawat awam diingatkan supaya tidak bekerja sambil lewa atau berasa selesa dengan pencapaian yang telah diperoleh kerajaan pada ketika ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prestasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

PUTRAJAYA – Kerjasama dan muafakat dalam kalangan anggota Jemaah Menteri secara keseluruhannya masih berada pada tahap baik biarpun wujud pelbagai dakwaan terutama di media sosial. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026