Penyelewengan anak syarikat FELDA, 12 individu disiasat SPRM

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil seramai 12 individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah membabitkan FELDA dan anak syarikatnya FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, keterangan kesemua individu berkenaan dirakam susulan pembukaan enam kertas siasatan baharu.

Katanya, kesemua kertas siasatan itu tertumpu kepada isu pembelian dan pengambilalihan aset yang didakwa dilakukan pada harga melebihi nilai penilaian sebenar, sehingga menyebabkan kerugian kepada FELDA.

“Siasatan berkenaan dijalankan Bahagian Operasi Khas (BOK) susulan maklumat yang diterima SPRM pada 24 Ogos lalu.

“Setakat ini, seramai 12 individu telah dipanggil bagi membantu siasatan dan dirakam keterangan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM, pada Rabu.

Mereka yang dipanggil terdiri daripada tiga individu daripada lembaga pengarah FIC, seorang setiausaha FIC, dua individu daripada Bahagian Perundangan FIC, seorang juru nilai.

Turut dipanggil iaitu tiga individu daripada sebuah firma guaman, seorang pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kuala Lumpur serta seorang pegawai Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Abd Halim memaklumkan, enam kertas siasatan itu melibatkan isu pembelian aset oleh Syarikat Tataran Aras Sendiang Berhad yang berpusat di Limbang, Sarawak; pengambilalihan Grand Borneo Hotel, Sabah; serta pembelian Grand Plaza Serviced Apartments di London.

“Siasatan turut melibatkan penubuhan Felda Wellness Corporation Berhad, pengambilalihan Felda House dan Grand Felda House serta pembangunan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC).

“Satu kertas siasatan lama berhubung hartanah Park City Grand Plaza juga masih dalam siasatan dan kini melalui proses bantuan perundangan bersama (MLA),” katanya.

Dalam pada itu, Abd, Halim memberi bayangan bahawa beberapa tangkapan akan dilakukan dalam masa terdekat selepas proses siasatan awal selesai.

Beliau memaklumkan, tangkapan dijangka bermula awal minggu depan dan akan dilakukan secara berperingkat berdasarkan skop serta perkembangan siasatan.

“Bagaimanapun, jumlah keseluruhan nilai rasuah yang dipercayai terbabit masih belum dapat dikenal pasti kerana siasatan masih di peringkat awal,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Abd Halim berkata, SPRM turut menerima maklumat pada 24 Ogos lalu daripada Pengerusi Pertubuhan Badan Bertindak Generasi Palong (Perbagi) berhubung kebimbangan mengenai kualiti anak benih sawit serta pelaksanaan program pembangunan dan tanam semula tanaman sawit di Felda Palong 7.

“Maklumat berkenaan membabitkan program pembangunan yang dilaporkan memberi manfaat kepada kira-kira 450 peneroka termasuk isu berkaitan pembekalan dan penghantaran.

“SPRM memberi jaminan bahawa siasatan terhadap pengurusan FELDA akan dijalankan secara menyeluruh, adil dan profesional berlandaskan prinsip kedaulatan undang-undang,” jelasnya.

Abd Halim turut meminta semua pihak memberikan ruang secukupnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan, selain tidak membuat spekulasi atau andaian yang boleh menjejaskan kelancaran proses berkenaan.

“Langkah itu penting bagi memastikan hak dan kepentingan negara serta individu yang terlibat terus dipelihara, selain menjaga imej dan kredibiliti Malaysia,” katanya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan