RCI Tabung Haji: Akan ada VVIP didakwa di mahkamah

PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman tidak menolak kemungkinan seorang kenamaan akan menjadi golongan kenamaan pertama yang akan dituduh di mahkamah susulan siasatan agensi itu terhadap laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH).

Beliau berkata, individu tersebut akan didakwa selepas siasatan terbaharu SPRM dalam isu pajakan hartanah dalam pelaburan Al Rawda di Arab Saudi selesai.

Secara keseluruhan, jelasnya, sejak pasukan khas SPRM ditubuhkan pada 31 Julai lalu bagi menyiasat isu ini, seramai 18 individu telah ditangkap dan 11 orang telah ditahan reman, selain 245 saksi telah dipanggil bagi membantu siasatan ini.

“Ya, saya tidak menolak kemungkinan seorang VVIP akan didakwa dalam kes berkenaan. Namun, kita akan umumkan nanti,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Abd Halim berkata, siasatan terhadap pelaburan Al Rawda menjadi agenda siasatan terbaharu yang berjaya diselesaikan SPRM dalam lapan siasatan baharu yang dijalankan SPRM, setakat ini.

Menurut beliau, dua lagi kertas siasatan yang sudah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) dalam tempoh terdekat ini adalah daripada lapan kertas terawal yang dibuka SPRM dalam penelitian RCI TH.

“Kes pertama berkaitan kes TH Marine, TH Alam dan TH Alam Management dengan nilai pelaburan berjumlah RM334.2 juta.

“Kes kedua yang selesai adalah berkaitan dakwaan rasuah dalam pemilikan saham sebanyak 30 peratus oleh Lembaga TH dalam Syarikat Pembinaan Putrajaya Perdana Berhad,” katanya.

Abd Halim menjelaskan, dalam enam kertas siasatan awal, sebanyak dua kes dicadangkan akan dituduh bermula esok dan lusa.

Katanya, bagi kes pertama, empat pertuduhan akan dilakukan iaitu tiga pertuduhan di Mahkamah Shah Alam, Selangor pada esok, dan satu lagi pertuduhan akan dilakukan di Mahkamah Kuala Lumpur, pada Jumaat.

“Untuk kertas siasatan kedua pula akan ada 10 pertuduhan iaitu pada 3 September sebanyak enam pertuduhan di Mahkamah Kuala Lumpur di bawah Seksyen 109 dan 409 Kanun Keseksaan.

“Empat pertuduhan lagi akan dibuat di Mahkamah Seksyen Kelantan dalam waktu terdekat di bawah Seksyen 109 dan 409 Kanun Keseksaan,” katanya.

Katanya, baki empat kertas siasatan yang lain tiada sebarang cadangan pertuduhan dibuat dan ia diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Lapan isu baharu yang sedang disiasat dalam RCI TH adalah dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan pelaburan Lembaga Tabung Haji (LTH) dalam TH Marine, TH Alam dan TH Alam Management berjumlah RM334.2 juta dan Pelaburan Lembaga Tabung Haji (LTH) dalam Alfareeda Residential Fund berjumlah SAR 76 juta;

Turut disiasat SPRM adalah Pelaburan dan Pajakan Lembaga Tabung Haji (LTH) dalam Al-Rawda Real Estate Development dan Project Management Co. Ltd. di Mekah dan Madinah berjumlah SAR 2.49 bilion.

Dakwaan salah guna kuasa oleh Pengurusan Tertinggi Lembaga Tabung Haji (TH) berkaitan pelaburan TH dalam Deru Semangat Sdn Bhd (DSSB); dakwaan perlakuan rasuah dan salah guna kuasa oleh Ahli Lembaga LTH berkaitan pelaburan di Abraj Sdn Bhd; pembayaran bonus RM2.2 juta tanpa kelulusan board di TH Properties Sdn Bhd.

Dakwaan rasuah dalam THHR dan LTH berhubung dengan penyerahan aset-aset TH kepada UJSB bernilai RM804.1 juta; dan dakwaan rasuah dalam pemilikan saham sebanyak 30 peratus oleh LTH dalam syarikat pembinaan Putrajaya Perdana Berhad.

Related Posts

AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghentikan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serta segera kembali ke meja rundingan. Beliau berkata, peningkatan ketegangan antara kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jika UMNO pilih PN, PH perlu perluas ‘khemah besar’ – Faiz

PAKATAN HARAPAN (PH) perlu memperluaskan konsep ‘khemah besar’ dengan mencari rakan politik baharu sekiranya UMNO memilih memperkukuh kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN). Menurut Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil berkata, PH…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak perkasa kontraktor Bumiputera seiring peralihan sektor ekonomi hijau

Sarawak perkasa kontraktor Bumiputera seiring peralihan sektor ekonomi hijau

Masyarakat Mukah digesa waspada, elak pembakaran terbuka susulan jerebu

Masyarakat Mukah digesa waspada, elak pembakaran terbuka susulan jerebu

Polis tahan dua individu tempatan, rampas dadah lebih RM412,000

Polis tahan dua individu tempatan, rampas dadah lebih RM412,000

TDM gagalkan cubaan seludup barang basah sejuk beku bernilai RM380,426

TDM gagalkan cubaan seludup barang basah sejuk beku bernilai RM380,426

Petronas sasar kekal keluar 2 juta tong sehari hingga 2028

Petronas sasar kekal keluar 2 juta tong sehari hingga 2028

AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan

AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan