Jerebu di Sabah semakin membimbangkan , netizen risau di media sosial

KOTA KINABALU – Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kota Kinabalu dilaporkan menghampiri paras 200 iaitu sangat tidak sihat pada hari ini susulan jerebu rentas sempadan yang dipercayai berpunca daripada kebakaran hutan di Kalimantan, Indonesia.

Situasi ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di laman media sosial antaranya facebook dan Tiktok.

Salah seorang pengguna Tiktok, Iracikka yang mengharapkan agar hujan lebih kerap turun agar kebakaran dipadamkan.

“Orang ramai perlu berdoa bersama agar hujan diturunkan supaya punca kebakaran dapat dipadamkan dan jerebu cepat berlalu,” kongsinya di media sosial, pada Rabu.

Turut terkesan, Sakura yang merupakan pengguna Tiktok menyeru agar orang ramai bersabar menghadapi situasi ini.

“Tiada apa yang dapat dilakukan untuk menghilangkan jerebu dengan segera, namun menyeru orang ramai bersabar sehingga keadaan bertambah baik,” ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna facebook Cik Asrie turut menitipkan saranan menggunakan pelitup muka dan hidung.

“Jangan lupa pakai pelitup muka dan hidung, jangan pakai pelitup muka nanti mata tertutup.tak nampak jalan di dunia,” tulisnya sambil berjenaka.

Sebagai rekod, data rasmi Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat pukul 8 pagi, pada Rabu yang mencatatkan bacaan IPU Kota Kinabalu pada 179, iaitu pada tahap tidak sihat.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan mengehadkan aktiviti luar rumah dan memakai pelitup muka sehingga keadaan jerebu reda.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan