Polis tahan dua individu tempatan, rampas dadah lebih RM412,000

SIBU – Polis menahan dua individu tempatan berusia 21 tahun serta merampas dadah jenis Erimin 5 dan ketamin bernilai RM412,351 dalam satu serbuan di Jalan Gambir pada 1 September lalu.

Serbuan kira-kira jam 5 petang itu dijalankan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), IPD Sibu. 

Kedua-dua suspek lelaki dan wanita berkenaan kini direman selama lima hari bagi membantu siasatan.

Pemeriksaan lanjut di dalam sebuah rumah berjaya menemukan 8,400 biji pil disyaki Erimin 5. 

Pihak berkuasa turut menemukan beberapa bungkusan kertas mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis ketamin dengan anggaran berat kasar 2,891.81 gram.

Semakan mendapati kesemua suspek terbabit tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. 

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan