Lelaki cetus provokasi sambutan Hari Kebangsaan diminta tampil ke IPD Putrajaya

PUTRAJAYA – Polis meminta seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian provokasi ketika Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya supaya tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Aidi Sham Mohamed berkata, setakat ini pihaknya menerima empat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Menurutnya, polis mengesan satu video berdurasi dua minit 18 saat yang dimuat naik di Facebook menerusi akaun “Anwar Captain Goose”, memaparkan seorang lelaki berbaju oren atau coklat dipercayai membuat provokasi sebelum merempuh dan menolak orang awam yang sedang menunggu pembukaan pagar ke tempat duduk.

“Tindakan itu menyebabkan berlaku tolak-menolak sehingga beberapa individu terjatuh.

“Kejadian dipercayai berlaku semalam (31 Ogos) kira-kira jam 5 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aidi Sham turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil kepada polis bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Sebelum ini, tular di beberapa platform media sosial rakaman memaparkan tindakan seorang lelaki yang didakwa mencetuskan provokasi apabila cuba melompat pagar untuk memasuki kawasan tempat duduk ketika sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dataran Putrajaya semalam.

Related Posts

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap