Kem tentera AS di Balabac tiada kaitan dengan Sabah – Hajiji

KOTA KINABALU – Pembinaan kem tentera Amerika Syarikat (AS) di Pulau Balabac, Filipina, tidak mempunyai kaitan dengan Malaysia atau Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kem berkenaan dibina di wilayah Filipina dan tidak seharusnya dijadikan isu yang mengaitkannya dengan Sabah.

“Saya ingat tidak timbul isu itu. Amerika membuka kem tenteranya di kawasan Filipina, di Pulau Balabac.

“Jadi itu kawasan negara Filipina. Dia tidak ada kait-mengait dengan negara Malaysia ataupun Sabah,” katanya kepada media selepas melawat mangsa kebakaran Kampung Numbak di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Likas, pada Isnin.

Tambah Hajiji, pihaknya tidak mengetahui matlamat sebenar pembinaan kem berkenaan, namun berpandangan positif ia mungkin berkaitan keperluan AS untuk menempatkan ketumbukan tenteranya di rantau berkenaan.

“Kita tidak tahu apa matlamat kem tentera dibina di sana. Tetapi kita kena positif.

“Ianya dibuat kerana mungkin keperluan bagi Amerika untuk mengadakan satu ketumbukan tentera di sebelah dunia sebelah sini. Itu saja,”kongsinya.

Mengulas kebimbangan bahawa Sabah berpotensi terperangkap dalam pertembungan susulan kehadiran tentera AS di Balabak, Hajiji menolak perkara itu.

“Saya ingat tidak ada begitu. Jangan dorang (mereka) berfikiran begitu. Fikiran saya baik-baik.

“Ada tentera di sana, itu semut pun tidak datang sini (mengganggu),” ujarnya.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan