Tujuh warga asing berniaga di pasar malam Puncak Alam dikenakan tindakan

KUALA SELANGOR – Tujuh warga asing dikesan menjalankan perniagaan di Pasar Malam Taman Industri Alam Jaya, Bandar Puncak Alam dalam operasi bersepadu Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), baru-baru ini.

Operasi yang berlangsung dari jam 4 petang hingga tengah malam pada 28 Ogos lalu itu dijalankan susulan aduan awam serta hasil pemantauan berhubung kegiatan peniaga menggajikan pekerja warga asing dan warga asing yang menjalankan perniagaan di tapak pasar malam berkenaan.

MPKS memaklumkan seramai 52 anggota daripada Jabatan Penguatkuasa, Jabatan Kesihatan dan Persekitaran, Jabatan Pelesenan serta Jabatan Pembangunan Masyarakat terlibat dalam operasi tersebut.

“Hasil operasi, sebanyak 29 pemeriksaan dijalankan dan tujuh peniaga warga asing dikesan menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan berkenaan,” menurut MPKS dalam kenyataan.

Sebanyak 36 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, termasuk 18 kompaun kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen mengikut Undang-Undang Kecil Penjaja (MDKS) 2007.

Sebanyak 15 lagi kompaun dikeluarkan kerana gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 109 Akta Kerajaan Tempatan 1976, manakala tiga kompaun membabitkan kesalahan gagal memastikan kawasan perniagaan sentiasa dalam keadaan baik dan bersih.

Selain itu, MPKS mengeluarkan 17 notis arahan menghentikan perniagaan serta melaksanakan tujuh sitaan membabitkan pelbagai barangan dan peralatan perniagaan.

Dalam operasi sama, Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MPKS turut mengambil tindakan terhadap dua peniaga ayam dan itik hidup dengan menyita 44 ekor ayam serta 11 ekor itik.

MPKS menegaskan tindakan penguatkuasaan akan diteruskan bagi memastikan semua aktiviti perniagaan dalam kawasan pentadbirannya dijalankan secara sah, teratur serta mematuhi syarat lesen dan undang-undang yang berkuat kuasa.

Pihak berkuasa tempatan itu turut mengingatkan peniaga supaya mendapatkan lesen sah sebelum menjalankan perniagaan bagi mengelakkan dikenakan tindakan penguatkuasaan.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan