Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

SERDANG – Kerajaan menyasarkan tahap sara diri (SSR) beras negara ditingkatkan kepada sekurang-kurangnya 80 peratus sebagai langkah memastikan bekalan makanan ruji itu lebih terjamin.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kadar SSR yang kini berada di bawah 60 peratus, masih belum memadai untuk memberikan tahap keterjaminan makanan yang kukuh kepada negara.

Beliau berkata, peningkatan pengeluaran beras tempatan perlu diberi keutamaan menerusi peluasan kawasan sawah, peningkatan produktiviti serta penggunaan teknologi dalam sektor berkenaan.

“Antara usaha berkenaan ialah menggalakkan syarikat dan pihak berkemampuan membuka kawasan sawah lebih besar dengan kerjasama kerajaan negeri dalam menyediakan tanah yang bersesuaian.

“Kita mahu meningkatkan produktiviti dan memperkukuh rantaian bekalan menerusi peluasan penggunaan teknologi… kita mahu menggalakkan inovasi dan membuka lebih banyak peluang penciptaan nilai kepada seluruh rantaian industri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program di Laman Padi sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026, di sini hari ini.

Menurut Mohamad, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan meneruskan usaha memperkukuh keseluruhan ekosistem padi dan beras bagi meningkatkan keupayaan negara menghasilkan bekalan sendiri.

Katanya, perkembangan sektor pertanian juga kini semakin bergantung kepada pemanfaatan data, teknologi, automasi, kecerdasan buatan, inovasi serta keusahawanan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan penggunaan teknologi semata-mata tidak mencukupi tanpa komitmen dan kesungguhan pemain industri untuk meningkatkan produktiviti.

Dalam pada itu, Mohamad berkata KPKM turut melihat potensi menggabungkan aktiviti ternakan udang galah dengan tanaman padi bagi memaksimumkan hasil daripada kawasan sawah.

Katanya, idea itu menarik perhatian beliau ketika mengadakan lawatan ke China dua minggu lalu apabila melihat sendiri kaedah penanaman padi yang dilaksanakan bersama ternakan udang galah.

“Dalam sawah itu ada udang galah, terdapat dua hasil, satu hasil padi, satu hasil udang….benih udang galah itu dibawa dari Malaysia dan dibiakkan di China.

“Kita perlu lebih proaktif meneroka potensi ternakan udang galah secara bersepadu dengan tanaman padi memandangkan pendekatan itu setakat ini dilaksanakan secara kecil-kecilan,” katanya.

Mohamad berkata pendekatan berkenaan mempunyai potensi untuk dikembangkan di Malaysia berikutan keadaan cuaca negara yang lebih sesuai bagi ternakan udang galah sepanjang tahun.

Bagaimanapun, katanya, pelaksanaan kaedah itu perlu diteliti secara menyeluruh, terutama dari aspek kesesuaian kawasan dan sistem pengairan.

Beliau berkata sawah yang mempunyai sistem pengairan terjamin boleh dipertimbangkan untuk pendekatan bersepadu berkenaan pada masa akan datang.

Menurutnya, kaedah itu bukan sahaja dapat menyokong pengeluaran beras, malah berpotensi memberikan sumber pendapatan tambahan menerusi hasil ternakan udang galah daripada kawasan pertanian sama.

Related Posts

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

KOTA KINABALU – Kementerian Pendidikan akan memasukkan elemen citra Sabah dalam kurikulum baharu bagi murid Darjah Satu dan pelajar Tingkatan Satu bermula tahun hadapan Menterinya, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

KOTA KINABALU – Penambahan jumlah dan peratusan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak penting sebagai benteng Perlembagaan bagi melindungi watak asal Persekutuan Malaysia. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan