Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

PUTRAJAYA – Pengguna yang layak menerima subsidi bahan api menerusi BUDI MADANI akan kembali menikmati had kelayakan asas sebanyak 300 liter sebulan mulai esok.

Kementerian Kewangan (MoF) berkata, pelarasan daripada 200 liter kepada 300 liter itu akan dibuat secara automatik bagi penerima BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel), mengikut kelayakan masing-masing.

Langkah berkenaan memberi manfaat kepada 16 juta pengguna RON95 yang kini menikmati harga bersubsidi RM1.99 seliter.

“Seramai 16 juta pengguna menikmati RON95 pada harga bersubsidi RM1.99 seliter.

“Daripada jumlah pengguna itu, lebih 700,000 pengguna layak untuk turut menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter,” katanya.

Dalam pada itu, lebih setengah juta pemilik kenderaan diesel persendirian jenis pikap dan jip yang layak boleh mendapatkan tambahan 100 liter sebulan, menjadikan had kelayakan mereka sehingga 400 liter.

MoF berkata, permohonan tambahan berkenaan terbuka kepada pemilik pikap dan jip yang memenuhi syarat tetapi masih belum membuat permohonan.

“Pemilik pikap dan jip yang layak tetapi belum memohon tambahan terbabit boleh berbuat demikian melalui portal BUDI MADANI di www.budimadani.gov.my.

“Bagi pemilik pikap dan jip yang sudah diluluskan tambahan 100 liter sebelum ini, kelayakan mereka akan diselaraskan secara automatik kepada 400 liter mulai 1 September ini,” kata kementerian itu.

Menurut MoF, keputusan mengembalikan had kelayakan asas kepada 300 liter dibuat berdasarkan beberapa faktor, termasuk pengurusan bekalan yang semakin teratur, penguatkuasaan yang diperkasakan serta prestasi ekonomi negara yang kukuh.

Kementerian itu berkata, kemampuan kewangan kerajaan turut menjadi antara pertimbangan dalam pelaksanaan langkah berkenaan.

Pada masa sama, katanya, pengembalian had itu mengambil kira keperluan rakyat yang perlu melakukan perjalanan jauh untuk urusan seharian, selain membantu peniaga kecil yang menggunakan kenderaan sebagai sumber pendapatan.

“Kerajaan MADANI akan terus memastikan subsidi bahan api disalurkan kepada rakyat Malaysia yang layak, sambil memperkukuh usaha membendung ketirisan, penyeludupan dan penyalahgunaan,” katanya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan