2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

KANGAR – Lautan hampir 2,000 pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Awam (UA) yang memenuhi trek stadium mencuri tumpuan pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 peringkat negeri Perlis di Kompleks Tuanku Syed Putra, malam tadi.

Kehadiran mereka menjadi antara tarikan utama sambutan yang menghimpunkan lebih 50,000 pengunjung sejak pukul 8 malam.

Berangkat pada sambutan tersebut ialah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Turut berangkat, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail; Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda, Sharifah Farah Adriana Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Hadir sama, Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah.

Perbarisan dan perarakan pada malam berkenaan melibatkan 70 kontinjen terdiri daripada agensi kerajaan negeri, Persekutuan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Selain Palapes, sambutan turut dimeriahkan dengan persembahan Pancaragam Gabungan Markas 30 Briged, persembahan khas seni bela diri, pantomim Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta persembahan Rentak Anak Malaysia.

Orang ramai turut dihiburkan dengan persembahan artis terkenal antaranya Liza Hanim, Nawary Kilauan Emas, Kugiran Wak Jeng, Renjaka Band dan Guitar Rockestra.

Sambutan tersebut turut diserikan dengan pertandingan pakaian tercantik, pemilihan pasukan kawad terbaik serta cabutan bertuah.

Kemuncak sambutan berlangsung tepat pukul 12 tengah malam apabila laungan “Merdeka” diketuai Abu Bakar bergema di seluruh kompleks berkenaan.

Laungan itu disusuli upacara menaikkan Jalur Gemilang serta nyanyian lagu Negaraku bersama ribuan pengunjung yang memenuhi stadium.

Pertunjukan bunga api yang menerangi ruang udara sekitar Kompleks Tuanku Syed Putra kemudian menjadi penutup kepada sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 peringkat negeri Perlis.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan