Kuota asas RON95 dikembalikan kepada 300 liter sebulan

PUTRAJAYA – Kuota asas BUDI RON95 MADANI (BUDI95) bagi setiap warganegara Malaysia dikembalikan kepada 300 liter sebulan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengumuman itu merupakan antara enam ikhtiar yang diumumkan beliau pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan Tahun 2026, hari ini.

Anwar berkata, langkah berkenaan diambil bagi membantu meringankan tekanan kos sara hidup rakyat sementara menunggu pembentangan Belanjawan 2027 pada Oktober depan.

Menurutnya, walaupun kerajaan lazimnya meminta rakyat menunggu pembentangan belanjawan sebelum sebarang langkah baharu diumumkan, keadaan semasa memerlukan tindakan segera.

“Belanjawan 2027 akan dibentangkan tidak lama lagi, tetapi biasanya saya akan jawab tunggu belanjawan.

“Tetapi nampak rakyat tidak mahu sabar dan tidak mahu menunggu kerana mereka katakan kepada menteri-menteri serta disampaikan kepada saya.

“Tekanan sara hidup tak tunggu bulan Oktober, perniagaan perlu berkembang sekarang, tak boleh tunggu bulan Oktober,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan mengambil pendekatan berkenaan sebagai langkah sementara bagi memberi sedikit kelegaan kepada rakyat sebelum pembentangan Belanjawan 2027.

“Di bulan Oktober ini saya terpaksalah ikhtiar mencari jalan dan mengambil langkah yang boleh melegakan sementara.

“Ini untuk anak-anak sekolah, untuk anak muda, suri rumah dan ibu-ibu,” katanya.

Related Posts

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

PERBINCANGAN mengenai penyatuan politik Melayu memasuki fasa yang lebih mencabar apabila Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan Terengganu dijadikan medan untuk menguji sejauh mana keikhlasan Pas dalam membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana