Jerebu isu kesihatan awam, bukan gangguan bermusim

PUTRAJAYA – Isu jerebu tidak seharusnya dianggap sebagai gangguan bermusim semata-mata susulan pencemaran udara memberi kesan terhadap kesihatan awam, khususnya kanak-kanak selain memerlukan tindakan berterusan daripada kerajaan, industri serta masyarakat.

Pensyarah Kanan Jabatan Kesihatan Persekitaran, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam, Dr Siti Nurshahida Nazli berkata, langkah secara menyeluruh perlu dilaksana demi melindungi kesihatan masyarakat serta memastikan generasi akan datang dapat menikmati persekitaran lebih bersih.

“Masalah jerebu tidak seharusnya dianggap sebagai gangguan bermusim semata-mata. Usaha mengurangkan pencemaran udara memerlukan kerjasama kerajaan, industri dan masyarakat.

“Melindungi udara yang kita hirup bermakna melindungi kesihatan generasi akan datang kerana setiap kanak-kanak berhak membesar, belajar dan bermain dalam persekitaran dengan udara bersih dan sihat,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Ahad.

Dalam pada itu, Siti Nurshahida berkata, kanak-kanak antara golongan yang lebih mudah menerima kesan jerebu kerana paru-paru dan sistem badan mereka masih dalam proses perkembangan, selain mempunyai kadar pernafasan lebih tinggi berbanding orang dewasa.

Menurut beliau, partikel halus PM2.5 antara bahan pencemar yang membimbangkan kerana saiznya yang kecil membolehkannya memasuki jauh ke dalam paru-paru dan memberi kesan terhadap sistem pernafasan.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengiktiraf pencemaran udara salah satu risiko alam sekitar utama pada kesihatan kanak-kanak yang boleh menyebabkan mengalami batuk, sakit tekak, sesak nafas, mata berair dan ketidakselesaan pada saluran pernafasan,” katanya.

“Bagi kanak-kanak yang mempunyai asma atau masalah pernafasan, keadaan udara tercemar juga boleh memburukkan gejala mereka, selain kesan jerebu bukan sahaja membabitkan kesihatan fizikal, malah boleh mempengaruhi pembelajaran, dan rutin harian kanak-kanak.

“Kajian berkaitan kanak-kanak di Malaysia turut menunjukkan, jerebu dikaitkan peningkatan kemasukan ke hospital akibat masalah pernafasan, dengan kesannya boleh menjadi lebih serius pada kanak-kanak berumur bawah lima tahun apabila jerebu berlaku pada tahap tinggi atau berpanjangan,” katanya.

Sehubungan itu, Nurshahida menyarankan ibu bapa mengambil langkah proaktif bagi mengurangkan pendedahan anak kepada jerebu, termasuk mengehadkan aktiviti luar apabila bacaan IPU melebihi 100, selain memastikan pintu serta tingkap ditutup ketika pencemaran udara berada pada tahap tinggi.

Menurut beliau, penggunaan penapis udara yang dilengkapi penapis HEPA di dalam rumah turut membantu menapis bahan pencemar, manakala kanak-kanak yang perlu berada di luar boleh menggunakan pelitup muka seperti N95 bersaiz kanak-kanak dan memakainya dengan betul.

“Pastikan anak-anak minum air secukupnya kerana air dapat membantu membuang
toksin dan memastikan badan anak-anak terhidrat.

“Cuci muka dan tangan sebaik sahaja kembali dari luar. Tukar pakaian bersih amat digalakkan kerana pakaian yang terdedah dengan jerebu mungkin mempunyai bahan pencemar yang melekat.

“Sekiranya mengalami batuk berterusan, kesukaran bernafas atau gejala yang semakin teruk, pemeriksaan perubatan perlu dilakukan,” katanya.

Related Posts

Ilmu ‘senjata’ Orang Asli pertahan, isi kemerdekaan

BENTONG – Kemerdekaan tidak seharusnya hanya difahami sebagai kebebasan daripada penjajahan, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui penguasaan ilmu dan pendidikan bagi membolehkan masyarakat Orang Asli menentukan masa depan serta bersaing dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kebakaran Kg Numbak: 202 rumah terjejas, 134 mangsa dipindahkan ke PPS

KOTA KINABALU – Sebanyak 202 rumah terjejas manakala 134 mangsa daripada 40 Ketua Isi Rumah (KIR) dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) susulan kebakaran besar membabitkan perkampungan atas air…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ilmu ‘senjata’ Orang Asli pertahan, isi kemerdekaan

Ilmu ‘senjata’ Orang Asli pertahan, isi kemerdekaan

Proses nyahwarta Hutan Simpan Kekal tidak dibuat sewenang-wenangnya

Proses nyahwarta Hutan Simpan Kekal tidak dibuat sewenang-wenangnya

Kebakaran Kg Numbak: 202 rumah terjejas, 134 mangsa dipindahkan ke PPS

  • By Ezmie
  • August 30, 2026
Kebakaran Kg Numbak: 202 rumah terjejas, 134 mangsa dipindahkan ke PPS

USIM perkasa ilmu turath, lantik Sheikh Wazir Che Awang Al-Makki Profesor Adjung

USIM perkasa ilmu turath, lantik Sheikh Wazir Che Awang Al-Makki Profesor Adjung

Doktor tak perlu lagi selak fail, RM1 bilion perkasa rekod perubatan digital – Fahmi

Doktor tak perlu lagi selak fail, RM1 bilion perkasa rekod perubatan digital – Fahmi

Geran Sejahtera MADANI RM200 juta bagi peniaga kecil – PM

Geran Sejahtera MADANI RM200 juta bagi peniaga kecil – PM