50,000 dijangka hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan, Hari Sabah di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU – Kira-kira 50,000 pengunjung dijangka membanjiri Dataran Bandaraya, Jalan Tun Fuad Stephens di sini esok bagi memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026.

Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai untuk menyaksikan kemeriahan sambutan yang akan berlangsung pada 31 Ogos 2026, bersamaan Isnin, dengan acara dijadualkan bermula pada jam 6.45 pagi.

Sambutan berkenaan dijangka menjadi antara acara terbesar yang menghimpunkan masyarakat daripada pelbagai lapisan bagi bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap negara serta Sabah.

Terdahulu, Datuk Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Sabin Samitah berkata, sebanyak 176 kontinjen bakal mengambil bahagian dalam perbarisan sempena sambutan berkenaan

“Jumlah itu membabitkan 122 kontinjen perbarisan serta 54 aset dan kenderaan daripada pelbagai jabatan, agensi, sekolah, institusi, persatuan dan komuniti.

“Penglibatan pelbagai kontinjen itu dijangka memberikan suasana lebih meriah kepada sambutan, selain menjadi peluang kepada orang ramai untuk menyaksikan perbarisan yang mengetengahkan kepelbagaian agensi dan komuniti di Sabah.

“Selain acara perbarisan, orang ramai turut berpeluang menyaksikan Persembahan Khas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Sabah menerusi aksi High Risk Rescue yang dijangka menjadi antara tarikan utama sambutan,” katanya ketika ditemubual oleh wartawan, di sini pada Sabtu.

Tambahnya, tidak ketinggalan, persembahan khas Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah turut disediakan dengan mengangkat semangat perpaduan serta kepelbagaian budaya yang menjadi identiti masyarakat Malaysia.

“Sehubungan itu, saya menyeru orang ramai khususnya warga Kota Kinabalu dan kawasan sekitar mengambil peluang untuk hadir seawal pagi bersama keluarga bagi memeriahkan sambutan bersejarah itu, selain memastikan kebersihan kawasan sepanjang acara berlangsung.

“Saya turut menasihati orang ramai supaya membawa bekalan air minuman secukupnya berikutan keadaan cuaca panas ketika ini, selain menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah merata-rata bagi memastikan sambutan berlangsung dalam suasana selesa, selamat dan meriah,” jelasnya.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia