Prosiding tatatertib mahasiswa berkaitan kebebasan bersuara dihentikan serta-merta – KPT

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengambil langkah segera memperluas ruang kebebasan mahasiswa apabila semua prosiding tatatertib di universiti awam yang berkaitan kebebasan bersuara, penyataan pandangan, kritikan awam dan perhimpunan aman diarahkan dihentikan serta-merta.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkata, langkah berkenaan susulan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, dengan beberapa peruntukan yang mengehadkan kebebasan mahasiswa dikecualikan daripada pemakaian sementara menunggu penggubalan akta baharu.

Menurutnya, tindakan itu merangkumi peruntukan berkaitan pengurusan persatuan dan kelab, aktiviti pelajar, kebebasan bersuara dan berhimpun, penggunaan platform komunikasi serta pengedaran dan penerbitan dokumen.

Langkah berkenaan juga selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mahu kebebasan mahasiswa diperluas segera tanpa menunggu proses penggubalan undang-undang baharu selesai.

“Pada masa sama, kebebasan itu perlu bergerak seiring dengan tanggungjawab dan keluhuran undang-undang.

“Perbuatan membabitkan keganasan, vandalisme, kerosakan harta, kesalahan jenayah, salah laku akademik atau pelanggaran tatatertib yang sah tetap tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.

“Bagi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang tidak tertakluk kepada AUKU, penelitian yang sama akan dilaksanakan terhadap peruntukan masing-masing yang berkaitan mahasiswa supaya selaras dengan langkah pembaharuan yang dilaksanakan di bawah AUKU,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, pada Forum Ilmuwan Malaysia MADANI (FIM) Siri 13 berkaitan pemansuhan AUKU, Perdana Menteri mengarahkan supaya mahasiswa yang dikenakan tindakan disiplin kerana mengkritik kerajaan, termasuk dirinya, dilepaskan daripada kesalahan berkenaan.

Anwar berkata, tindakan itu perlu dilaksanakan segera berikutan proses pindaan atau penggubalan akta baharu dijangka mengambil tempoh lebih panjang.

Dalam pada itu, KPT menegaskan kebebasan yang diberikan kepada mahasiswa perlu dilaksanakan bersama tanggungjawab serta menghormati undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.

Kementerian itu turut memaklumkan penelitian sama akan dibuat terhadap peruntukan berkaitan mahasiswa di UIAM dan UiTM bagi memastikan pembaharuan tatakelola pendidikan tinggi dapat dilaksanakan secara selaras.

KPT berkata, pihaknya kekal komited membangunkan tatakelola pendidikan tinggi yang terbuka, tersusun dan inklusif dengan mengambil kira pandangan semua pemegang taruh.

Usaha itu bertujuan membentuk ekosistem pendidikan tinggi yang berkualiti dan memenuhi keperluan negara pada masa hadapan.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) bukan caj tambahan baharu atau sumber keuntungan syarikat, sebaliknya mekanisme dua hala bagi melaraskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM