Sulong masuk hutan Kelantan, Perhilitan pantau guna dron

Kelantan – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menggunakan dron bagi memantau pergerakan gajah liar jantan dikenali sebagai Sulong yang dipercayai sudah masuk ke kawasan hutan di Kelantan.

Sulong sebelum ini dikesan berkeliaran di sekitar Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik, Perak sejak 17 Ogos lalu dan mempunyai kecederaan pada kaki hadapan.

Ketua Pengarah Perhilitan, Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pemantauan terhadap gajah berkenaan dilakukan menggunakan dron dan secara berkala melalui jalan darat.

“Kami mengambil maklum kebimbangan yang disuarakan masyarakat mengenai isu ini. Pada masa sama, anggota jabatan sudah digerakkan untuk memantau pergerakan dan keadaan Sulong menggunakan dron serta pemantauan melalui jalan darat secara berkala,” katanya hari ini.

Menurutnya, berdasarkan pemantauan terkini, Sulong tidak lagi dikesan berada di sepanjang JRTB menuju Jeli dan dipercayai sudah bergerak masuk ke kawasan hutan di Kelantan.

“Dron akan digunakan di lokasi yang bersesuaian bagi membantu mengesan pergerakan dan kedudukan gajah itu, selain pemantauan melalui jalan darat oleh Perhilitan,” katanya.

Abdul Kadir berkata, kecederaan pada kaki gajah berkenaan turut diberi perhatian dan dinilai dari semasa ke semasa berdasarkan keadaan di lapangan.

Katanya, sebarang tindakan menyelamat dan mengendalikan Sulong hanya boleh dilakukan apabila gajah berkenaan berada di lokasi yang sesuai dan selamat.

“Ini penting bagi memastikan tindakan yang diambil tidak mendatangkan risiko tambahan kepada gajah berkenaan serta tidak menjejaskan keselamatan anggota operasi dan orang awam,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya mematuhi arahan anggota penguat kuasa dan petugas Perhilitan sekiranya berada di kawasan pemantauan.

Orang awam juga diminta tidak mengambil gambar atau video gajah berkenaan kerana tindakan itu boleh menyebabkan kenderaan berhenti dan mengganggu kelancaran aliran trafik.

“Memberi makanan atau meletakkan makanan untuk gajah adalah ditegah di sepanjang JRTB,” katanya.

Sebarang aduan berkaitan gajah berkenaan boleh disalurkan menerusi talian hotline 1-800-88-5151 atau Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di laman sesawang rasmi Perhilitan.

Sebelum ini, penduduk Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Chalil mengesahkan gajah liar jantan dewasa yang dikesan berkeliaran di JRTB, Gerik sejak 17 Ogos lalu adalah gajah yang dipindahkan dari penempatan itu pada 4 Ogos lalu.

Sulong sebelum ini turut dirakam penduduk berkeliaran di kawasan kampung sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk.

Foto: Berita Harian

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM