Jangan bergantung harap dana dari langit

KUALA LUMPUR – Pimpinan kerajaan disaran memperkukuh sinergi dengan pelbagai pihak khususnya bagi melonjakkan sektor teknologi dan inovasi ke tahap lebih tinggi, bukan semata-mata mengharapkan peruntukan menerusi belanjawan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan diberikan dalam Belanjawan 2027 ada hadnya bagi mengelakkan hutang lebih tinggi.

Menurutnya, tindakan hanya menunggu peruntukan kerajaan tidak seharusnya berlaku dalam pentadbiran Kerajaan Madani yang kini mengamalkan pendekatan berbelanja dengan cermat.

“Peruntukan tambahan itu ada hadnya kerana kita tidak boleh hutang tinggi. Kita tidak boleh mengharapkan dana dari langit. Ia dana daripada cukai dan kita tidak berupaya nak tingkatkan cukai. 

“Oleh itu, kita kena harus lebih berhati-hati dalam perbelanjaan. Sebab itu rakan-rakan Jemaah Menteri, Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah, ada pertemuan untuk melihat selalu dalam kerangka makro,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Pelancaran Ekspo Inovasi dan Pengkomersialan Negara (NICE 2026), pada Khamis.

Dalam pada itu, Anwar berkata, semua pimpinan harus memanfaatkan sumber sedia ada termasuk memantapkan sinergi di antara badan kerajaan, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Katanya, belanjawan bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi kapasiti sains, inovasi dan teknologi akan tetapi ditambah mengikut kesesuaian dan berdasarkan kemampuan kerajaan.

“Kita ada kekangan tetapi kena berusahalah. Ini dapat mengurangkan beban kerajaan daripada sudut penyelidikan. 

“Dana untuk penyelidikan tentu ditambah. Awal Oktober, kita akan munculkan Belanjawan Negara,” katanya.

Related Posts

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

KERALAM (INDIA) – Malaysia menyertai BRICS bukan untuk berdepan atau menentang mana-mana blok, sebaliknya mahu memainkan peranan dalam usaha membentuk sistem antarabangsa yang lebih adil dan demokratik. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

KERALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Keralam, V D Satheesan hari ini membincangkan usaha memperkukuh kerjasama ekonomi serta memudah cara perdagangan dan pelaburan antara Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera