Kutipan hasil Pahang RM921.72 juta hingga semalam

KUANTAN – Pahang merekodkan kutipan hasil RM921.72 juta sehingga semalam iaitu 72.03 peratus daripada sasaran kutipan tahun ini, RM1.279 bilion.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, prestasi itu menunjukkan kedudukan kewangan negeri terus kukuh dan berada pada landasan yang baik untuk mencapai sasaran ditetapkan.

Menurutnya, Nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar negeri Pahang pada tahun lalu juga meningkat kepada RM71 bilion berbanding RM68.8 bilion tahun 2024.

“Nilai pelaburan komited pula RM11.47 bilion (70.85 peratus) berbanding sasaran RM16.2 billion sehingga Ogos ini.

“Daripada jumlah itu, pelaburan direalisasikan yang direkodkan RM1.044 bilion,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika Mesyuarat ke-2 Penggal ke-5 Dewan Undangan Negeri ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Wan Rosdy berkata, pelaksanaan agenda Pahang 1st pula berjaya menghasilkan impak signifikan terhadap pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat melalui pelbagai kejayaan yang dicapai sebelum ini.

“Antaranya Pahang muncul sebagai negeri kedua terbaik peringkat kebangsaan dengan pencapaian Gred Purata Negeri 4.08 mata berbanding Gred Purata Kebangsaan (4.42 mata) dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2025.

“Seramai 16,822 calon layak mendapat sijil dan 671 calon memperoleh keputusan semua A.

“Bagi pencapaian peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 2025 pula, Pahang mencatat rekod Purata Nilai Gred Keseluruhan tertinggi negeri iaitu 3.09 mata,” jelasnya.

Wan Rosdy menjelaskan, hasil positif daripada indikator kesejahteraan pula meliputi penoktahan miskin tegar dan memangkas kemiskinan sebanyak 30 peratus setakat pertengahan tahun ini.

“Kadar pengangguran di negeri ini pada suku kedua tahun 2026 pula hanya 2.0 peratus, jauh lebih rendah daripada kadar nasional 3.0 peratus.

“Pahang juga merupakan negeri kedua terendah kadar pengangguran bersama Melaka selepas Putrajaya,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, lebih 300,000 rakyat menerima manfaat bantuan kerajaan negeri dan 2,000 unit Rumah Rakyat Pahang percuma disediakan untuk golongan miskin tegar, selain penawaran rumah mampu milik bersubsidi tinggi kepada rakyat seperti PR1MA Pahang dan Rumah Makmur Pahang.

Menurutnya, pengukuhan perpaduan dan keharmonian masyarakat terbukti apabila Pahang muncul sebagai negeri dengan tahap perpaduan tertinggi di Malaysia dalam Indeks Perpaduan Malaysia dengan skor 0.817.

Katanya, fokus kepada kesejahteraan bandar dan komuniti diketengahkan apabila bandar Lipis dan Raub dinobatkan antara 10 Bandar Paling Bahagia di Malaysia tahun ini.

“Prestasi ekonomi dan sosial serta kedudukan kewangan yang kukuh membolehkan kerajaan negeri terus menyalurkan manfaat secara langsung kepada rakyat di pelbagai lapisan masyarakat melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif di bawah Inisiatif Makmur Pahang.

“Bermula pada tahun 2024 sehingga 2026, kerajaan negeri telah memperuntukkan jumlah keseluruhan sebanyak RM173.93 juta untuk pelaksanaan inisiatif itu,” tambah beliau.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM