UMS perkukuh budaya kecemerlangan, 2,310 warga terima penghargaan

KOTA KINABALU – Seramai 2,310 kakitangan dan pesara Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima Anugerah Kecemerlangan Universiti (AKU) sebagai penghargaan terhadap sumbangan serta kecemerlangan mereka dalam pelbagai bidang perkhidmatan di universiti itu.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, penerima AKU terdiri daripada kakitangan akademik, Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana dari pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ).

“Kecemerlangan yang kita raikan hari ini bukanlah sekadar kejayaan dan kemegahan peribadi semata-mata, ia merupakan sebahagian daripada tanggungjawab besar kita dalam usaha mendidik dan melahirkan barisan Pembina Negara.

“Kita mahukan warga kerja serta graduan kita kelak benar-benar berpaksikan kemanusiaan, dipacu matlamat yang jelas serta sentiasa mendambakan kesejahteraan holistik, kemakmuran bersama, berdaya tahan dan mampu menerajui kemampanan,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Universiti (AKU) UMS Tahun 2026 di Hotel Klagan 1Borneo, di sini pada Khamis.

Menurut Kasim, sebuah universiti hakikatnya bukanlah sekadar gedung ilmu yang statik tetapi sebuah ‘ekosistem tamadun’ dan denyut nadi kemajuan masyarakat.

“Di sinilah idea besar dicambahkan, inovasi dilonjakkan dan nilai kemanusiaan ditempa demi memacu keutuhan sosial, ekonomi serta kelangsungan masa depan negara.

“Justeru, kecemerlangan UMS tidak hanya diukur melalui pencapaian akademik semata-mata, tetapi turut ditakrifkan oleh kelancaran sistem, kualiti penyampaian perkhidmatan dan sinergi utuh setiap lapisan warganya.

“Pengiktirafan ini adalah bukti nyata terhadap kejituan komitmen, profesionalisme dan daya tahan luhur anda dalam menyempurnakan amanah,” kongsinya.

Dalam pada itu, Kasim turut menyeru warga universiti mengambil langkah proaktif menghadapi kawalan perbelanjaan kerajaan melalui tiga pendekatan utama, iaitu perancangan semula strategik, pembudayaan penjimatan dan peningkatan penjanaan pendapatan.

“Universiti perlu mengutamakan perbelanjaan berimpak tinggi, mengamalkan konsep ‘do more with less’ serta memperkukuh sumber pendapatan melalui pengkomersialan penyelidikan, program akademik premium dan pengoptimuman aset universiti.

“Kelestarian kewangan universiti kini terletak di tangan kita sendiri,” ujarnya.

Untuk rekod, 2,310 penerima berkenaan merangkumi 10 kategori anugerah utama, iaitu 51 penerima Anugerah Jasamu Dikenang (Pesara); 128 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC); 46 penerima Anugerah Mutiara (Perkhidmatan 30 Tahun) dan 52 penerima Anugerah Sanjungan Budi (Perkhidmatan 25 Tahun).

Turut menerima pengiktirafan ialah 116 penerima Anugerah Jasa Setia (Perkhidmatan 20 Tahun); 99 penerima Anugerah Jasa Bakti (Perkhidmatan 10 Tahun); 91 penerima Anugerah Inovasi; tiga penerima Anugerah Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan JAFPIB Terbaik Tahun 2025; 1,720 penerima Anugerah Perkhidmatan Terpuji (APT) serta empat penerima Anugerah Khas Naib Canselor.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan