Ismail Sabri didakwa gagal isytihar harta, emas dan mata wang asing RM14.7 juta

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan gagal mengisytiharkan harta bernilai RM14.7 juta, selain jongkong emas dan sejumlah mata wang asing.

Ismail Sabri, 66, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin sebelum memohon supaya kes berkenaan dibicarakan.

“Tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan,” katanya dari dalam kandang tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Ahli Parlimen Bera itu didakwa dengan sengaja memberikan pernyataan bertulis yang tidak mematuhi terma notis dikeluarkan di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Notis bertarikh 7 Januari 2025 itu diserahkan kepada tertuduh oleh pegawai Pesuruhjaya pada 10 Januari 2025, bagi menghendakinya mengisytiharkan harta dimilikinya.

Antara harta yang didakwa gagal diisytiharkan ialah wang tunai bernilai RM14.7 juta, lima kilogram jongkong emas, sekeping perak seberat 100 gram dan satu syiling emas seberat lima gram.

Ia turut membabitkan mata wang asing iaitu SG$6.1 juta, US$1.46 juta, tiga juta Swiss-franc, 12.16 juta euro, 363 juta yen Jepun, 50,250 pound sterling, NZ$44,600 dolar New Zealand, 34.7 juta dirham Emiriah Arab Bersatu dan Aus$352,850.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada 7 Februari 2025.

Ismail Sabri didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda maksimum RM100,000 jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding sama, Hakim Suzana membenarkan tertuduh diikat jamin RM300,000 dengan seorang penjamin daripada kalangan ahli keluarganya.

Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan pihak pendakwaan supaya pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Selepas meneliti hujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati tiada bukti yang menunjukkan tertuduh berisiko melarikan diri.

Mahkamah menetapkan 29 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Foto: NSTP

Related Posts

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

PERBINCANGAN mengenai penyatuan politik Melayu memasuki fasa yang lebih mencabar apabila Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan Terengganu dijadikan medan untuk menguji sejauh mana keikhlasan Pas dalam membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana