Bekas Pengerusi TH, KSU Perbendaharaan direman tujuh hari

PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan di Kementerian Kewangan (MoF) direman tujuh hari berkaitan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH.

Perintah reman sehingga 2 September depan dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Kedua-dua individu terbabit yang memakai baju lokap SPRM berwarna oren dengan keadaan bergari ketika dibawa keluar dari mahkamah kelihatan tenang sebelum dibawa semula ke Ibu Pejabat SPRM untuk siasatan lanjut.

Ahli politik dan bekas penjawat awam itu kemudiannya dilihat meninggalkan kompleks mahkamah sekitar pukul 2.30 petang dengan menaiki van SPRM.

Dalam pada itu, peguam bela, Datuk Abu Bakar Isa Ramat berkata, pihaknya berhujah bahawa perintah reman kali ini tidak sepatutnya dikenakan susulan anak guamnya pernah direman pada 2018 bagi siasatan berkaitan TH.

Pada masa sama, beliau memaklumkan, tiada keperluan terbabit susulan siasatan terdahulu dan siasatan semasa dipercayai melibatkan tempoh serta isu yang berkaitan.

“Kami berhujah bahawa reman ke atas mereka sepatutnya tidak dikenakan kerana beliau telah ditahan pada 2018 dalam siasatan melibatkan Tabung Haji.

“Ini merupakan kali kedua beliau dikenakan tahanan reman,” katanya ketika ditemui media, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Abu Bakar berkata, pihak pembelaan turut membangkitkan isu ‘double jeopardy’ dalam hujah mereka mengambil kira siasatan terdahulu yang berlangsung hampir 10 hari.

Beliau menjelaskan, tempoh siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan TH pula merangkumi tempoh antara 2013 hingga 2018.

“Kalau siasatan perlu dijalankan, mahkamah boleh memanggil anak guam kami pada bila-bila masa untuk memberikan keterangan.

“Sekiranya terdapat pertuduhan, beliau juga boleh didakwa. Tetapi, mahkamah tetap membenarkan tempoh reman selama tujuh hari,” katanya.

Dalam pada itu, Abu Bakar berkata, pihaknya bersedia untuk memberikan sepenuhnya kerjasama kepada pihak berkuasa dalam siasatan berkenaan.

Abu Bakar menyakini, kedua-dua anank guamnnya dijangka hadir ke mahkamah pada 2 September ini bagi prosiding lanjut berkaitan kes tersebut.

“Kami berhujah bahawa tidak sepatutnya ada reman kerana mereka bersedia untuk berkongsi dan memberikan semua maklumat kepada SPRM. Tiada kekangan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan walaupun tanpa reman,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya tidak pernah mendakwa wujud sebarang kesalahan atau penyelewengan dilakukan oleh anak guam mereka itu.

“Kami tidak pernah menyebut apa-apa mengenai kesalahan atau penyelewengan.

“Kami telah menyatakan perkara itu dan baru-baru ini memaklumkan secara rasmi kepada Ketua Audit Negara bahawa tiada penyelewengan,” katanya.

Terdahulu, SPRM mendapat perintah untuk menyambung reman selama empat hari terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH bergelar Tan Sri.

Pada Jumaat lalu, bekas CEO TH terbabit direman tujuh hari berkaitan laporan RCI TH dengan tempoh remannya tamat hari ini.
SPRM sebelum ini sudah menahan dan memanggil tujuh individu bagi membantu siasatan berhubung RCI itu.

Sebelum ini, SPRM telah menahan dan memanggil tujuh individu bagi membantu siasatan berhubung RCI itu, terdiri daripada seorang bekas ketua pegawai eksekutif syarikat perkapalan, selain seorang pengarah syarikat pembinaan, seorang bekas pengarah syarikat serta empat bekas pengurusan kanan Tabung Haji.

Laporan RCI TH yang didedahkan selepas empat tahun, mengemukakan sebanyak 25 syor utama bagi meningkatkan ketelusan, profesionalisme, dan tadbir urus institusi terbabit.

Antara syor utama yang terkandung dalam laporan RCI terbabit ialah melarang ahli politik aktif daripada menduduki Lembaga Pengarah TH bagi mengelakkan campur tangan politik.

Malah, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah supaya siasatan berhubung laporan RCI TH dijalankan ‘sehingga ke lubang cacing’.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan