Jangan biar negara ketinggalan disebabkan birokrasi lapuk

KUALA LUMPUR – Amalan birokrasi lama yang mengekang menerokai teknologi baharu termasuk bidang kecerdasan buatan (AI) secara meluas perlu dihentikan supaya negara tidak ketinggalan dalam arus inovasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara mesti bergerak pantas dalam memenuhi tuntutan semasa terutama dalam dunia inovasi dan komersialisasi. 

Menurut beliau, Malaysia mempunyai keupayaan untuk bergerak pantas dalam menerokai bidang baharu khususnya teknologi berdasarkan pengenalan fakulti AI yang hanya  diwujudkan dalam masa tiga bulan sahaja.

“Sebab itu saya hendak gesa rakan-rakan terutama di MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi), kerana ini satu kementerian yang penting dari dulu, hala tuju baharu daripada sudut pemikiran dan meneroka alam pemikiran serta kaedah baru. 

“Kita tak boleh mengikut (cara lama) lagi, kita kena melangkah cepat. Maksudnya kita kena ada tahap kecepatan dan kepantasan dalam dunia pasca-normal ini. 

“Kita mesti melangkah. Kalau kita tunggu semua (sudah tersedia) baru nak diperkenalkan dengan komputer, sedangkan orang lain dah (ada kepakaran) AI dan ‘quantum computing’,” katanya pada Majlis Perasmian Pelancaran Ekspo Inovasi dan Pengkomersialan Negara (NICE 2026), pada Khamis.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menegaskan bidang baharu dalam teknologi dan inovasi sepatutnya dikuasai bukan segelintir kecil masyarakat tetapi didedahkan kepada khalayak lebih besar, termasuk diperkenalkan di peringkat sekolah dan di universiti.

“Mengapa soal AI itu menjadi milik kelompok kecil? Mengapa tak boleh kita dedahkan kepada khalayak? Mengapa soal teknologi kuantum yang sekarang menjadi fokus tidak disampaikan dengan bahasa yang mudah kepada anak-anak sekolah dan universiti? Apakah kita tiada keupayaan?

“Kalau kita nak tunggu sistem dan kurikulum sekolah dan universiti diubah, tentu ia mengambil masa. 

“Umpamanya bila kita usulkan jabatan atau Fakulti AI, segera dilaksanakan. Kalau ikut pendekatan lama, penubuhan satu fakulti itu mengikut kaedahnya, mesti merujuk kepada misalnya jabatan, kemudian Senat, sebelum itu perlu buat kajian dan barulah ke Kementerian Pendidikan Tinggi, maka satu tahunlah jawabnya (untuk menunggu),” katanya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan