Tiga bekas Perdana Menteri hadir mahkamah serentak

KUALA LUMPUR – Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini menjadi tumpuan hari ini apabila tiga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hadir bagi menghadapi prosiding membabitkan kes berbeza.

Ketiga-tiga bekas Perdana Menteri itu hadir ke mahkamah pada hari yang sama, dengan masing-masing berdepan proses perundangan berkaitan.

Najib meneruskan prosiding saman sivil berbilion ringgit yang difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadapnya bersama beberapa defendan lain di Mahkamah Tinggi.

Prosiding di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamad Redzuan Idrus, antara lain membabitkan keterangan mengenai transaksi serta keputusan yang menjadi asas kepada tuntutan berkenaan.

Muhyiddin pula meneruskan perbicaraan tujuh pertuduhan berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan program Jana Wibawa.

Presiden Bersatu itu didakwa menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan suapan berjumlah RM232.5 juta untuk parti berkenaan menerusi empat pertuduhan, selain berdepan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM200 juta.

Perbicaraan kes terhadap bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu berlangsung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Noor Ruwena Md Nurdin.

Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri dijadualkan hadir di Mahkamah Sesyen bagi menghadapi pertuduhan berkaitan kegagalan mengisytiharkan aset.

Ahli Parlimen Bera berusia 66 tahun itu dijangka didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Pertuduhan itu berkaitan dakwaan beliau gagal mengisytiharkan aset seperti yang dikehendaki SPRM.

Prosiding terhadap Ismail Sabri sebelum ini ditangguhkan berikutan masalah kesihatan selepas beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dan menjalani prosedur pemasangan perentak jantung.

Siasatan terhadap bekas Perdana Menteri itu turut mendapat perhatian selepas SPRM mendedahkan penyitaan wang tunai berjumlah RM170 juta dalam pelbagai mata wang dan 16 kilogram jongkong emas yang dianggarkan bernilai RM7 juta.

Rampasan berkenaan adalah sebahagian daripada siasatan SPRM yang turut membabitkan beberapa bekas pegawai kanan Ismail Sabri.

  • Related Posts

    Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

    PERBINCANGAN mengenai penyatuan politik Melayu memasuki fasa yang lebih mencabar apabila Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan Terengganu dijadikan medan untuk menguji sejauh mana keikhlasan Pas dalam membentuk…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

    KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

    Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

    Tempoh idah PRU16 belum sampai

    Tempoh idah PRU16 belum sampai

    Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

    Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

    Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

    Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

    Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

    Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

    Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

    Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana