Tindakan susulan RCI Tabung Haji mesti tegas, menyeluruh – Menteri Agama

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI akan memastikan tindakan susulan terhadap Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji dilaksanakan secara tegas dan menyeluruh, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan.

Beliau berkata, langkah itu penting bagi memelihara amanah jutaan pendeposit serta mempertahankan kesucian harta umat Islam.

“Sebagai institusi Parlimen yang berwibawa, saya menghormati proses Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Kerajaan MADANI sedia memberi kerjasama penuh sekiranya diperlukan.

“Namun, fokus utama buat masa ini adalah memastikan tindakan susulan terhadap Laporan RCI Tabung Haji diselesaikan secara tegas dan menyeluruh,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Menurutnya, keanggotaan RCI Tabung Haji terdiri daripada enam tokoh berwibawa yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Julai 2021.

Katanya, keanggotaan itu merangkumi kepakaran dalam bidang kehakiman, pentadbiran awam, perbankan, Syariah dan audit bagi memastikan siasatan serta cadangan tindakan dibuat secara bebas, profesional, adil dan berintegriti tanpa campur tangan.

Zulkifli berkata, siasatan berkenaan turut disokong titah perkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 2021, selain ketegasan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 8 Ogos lalu yang menuntut sebarang penyelewengan disiasat “hingga ke lubang cacing”.

“Desakan berterusan sejak 2019 oleh pelbagai pihak membuktikan bahawa pengurusan simpanan umat ini menuntut ketelusan mutlak yang tidak boleh dikompromi sama sekali,” katanya.

Beliau menegaskan Kerajaan MADANI akan menggalas amanah berkenaan dengan penuh tanggungjawab serta memastikan setiap kezaliman ditangani berlandaskan undang-undang.

“Kerajaan MADANI berikrar akan menggalas amanah ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan rasa gerun kepada Allah SWT dan memastikan setiap kezaliman ditangani berlandaskan undang-undang,” katanya.

Related Posts

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KEMAMAN- Bunyi geseran pasir pada dinding sebuah rumah membawa kepada penemuan seekor penyu yang dipercayai daripada spesies penyu agar di Kampung Geliga, dekat sini. Memetik sumber Sinar Harian, kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

REALITI memimpin Malaysia ketika ini tidak sama dengan gambaran perjuangan Reformasi yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kerajaan hari ini merupakan kerajaan campuran yang memerlukan rundingan dengan pelbagai parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX