JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menggagalkan sembilan kes cubaan menyeludup minuman keras bernilai RM4.15 juta termasuk duti dan cukai menerusi pemeriksaan di Pelabuhan Sepanggar.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Amran Ahmad berkata, enam kes pertama dikesan pada 10 Ogos lalu ketika anggota penguat kuasa Kota Kinabalu menjalankan pemeriksaan terhadap kontena di Kawasan Pemeriksaan Kastam (CEA), Pelabuhan Sepanggar.

“Pemeriksaan menemukan minuman keras pelbagai jenama dengan nilai keseluruhan RM2.67 juta termasuk duti dan cukai.

“Susulan penemuan itu, enam kontena disita bagi membolehkan pemeriksaan terperinci serta siasatan lanjut dijalankan terhadap status pemilikan, dokumen sokongan dan pematuhan keperluan kastam,” katanya pada sidang media di Pelabuhan Sepanggar, di sini, pada Rabu.

Menurut Amran, pengikraran dan dokumentasi penghantaran turut disyaki tidak tepat bagi mengelakkan pengesanan pihak berkuasa serta pembayaran duti dan cukai.

“Minuman keras itu dipercayai diisytiharkan sebagai perabot dan paip PVC bagi mengelakkan pengesanan serta pembayaran duti dan cukai. Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati kontena berkenaan sebenarnya mengandungi minuman keras.

“Tiga lagi kes dikesan pada 13 Ogos lalu menerusi pemeriksaan kontena oleh Pasukan Operasi Bahagian Penguatkuasaan Kota Kinabalu di Pelabuhan Sepanggar.

“Pemeriksaan lanjut menemukan 71,280 liter bir bernilai RM1.49 juta termasuk duti dan cukai.

“Modus operandi kes ini dipercayai menggunakan saluran import dan kemudahan logistik pelabuhan yang sah untuk membawa masuk barangan yang disyaki tidak mematuhi peruntukan kastam,” ujarnya.

Amran berkata, secara keseluruhan sebanyak 190,080 liter minuman keras dirampas menerusi sembilan kes berkenaan.

“Minuman keras yang dirampas dianggarkan bernilai RM1.11 juta, manakala duti dan cukai terbabit berjumlah RM3.04 juta.

“Kesemua sembilan kes disiasat mengikut Seksyen 133 dan Seksyen 135 Akta Kastam 1967.

Katanya lagi, bagi Kesalahan mengikut Seksyen 133(1)(a) memperuntukkan denda sehingga RM500,000 atau penjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

“Bagi kesalahan pertama mengikut Seksyen 135(1)(a), pesalah boleh didenda antara 10 hingga 20 kali amaun duti kastam atau antara RM50,000 hingga RM500,000, mengikut mana-mana jumlah lebih besar, atau dipenjarakan sehingga lima tahun atau kedua-duanya,” kongsinya.

Amran berkata, kerjasama orang ramai amat penting bagi membantu JKDM membanteras kegiatan penyeludupan yang boleh menyebabkan ketirisan hasil negara.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan kepada JKDM menerusi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau mana-mana pejabat kastam terdekat.

Related Posts

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

KANGAR – Peniaga di Dataran Kampung Wai, Kuala Perlis kecewa apabila mendakwa menerima notis supaya merobohkan gerai masing-masing bagi memberi laluan kepada penganjuran pesta air selama tiga hari. Dakwaan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK

TAWAU – Seorang graduan Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) 4.00 memerlukan sokongan dana sebanyak RM20,000 bagi menampung kos visa sebelum melanjutkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK

  • By Fatin
  • August 26, 2026
Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK