Kerajaan mula tindakan kawal selia platform e-dagang, 1,694 aduan diterima sejak 2025

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mula mengambil tindakan terhadap platform e-dagang yang didapati tidak mematuhi keperluan ditetapkan, termasuk berkaitan pendaftaran syarikat dan penjualan produk di platform berkenaan.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara itu diputuskan selepas Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini meneliti aduan daripada orang awam dan peniaga mengenai beberapa platform e-dagang yang didakwa seolah-olah tidak dikawal selia.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, aduan yang diterima antara lain membabitkan isu peralatan elektrik dan elektronik serta status halal produk yang dijual di platform e-dagang.

“Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Kewangan dan Kementerian Komunikasi untuk meneliti tindakan segera, termasuk soal pendaftaran bagi platform e-dagang,” katanya dalam sidang media pada Rabu.

Menurut Fahmi, terdapat platform e-dagang yang sudah mematuhi keperluan ditetapkan dengan mempunyai syarikat berdaftar dan berpangkalan di Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, terdapat juga platform yang tidak mempunyai alamat atau syarikat berdaftar di negara ini.

Dalam pada itu, beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima 1,694 aduan berkaitan penjualan produk di platform e-dagang, termasuk kes penipuan, dari 1 Januari 2025 hingga 25 Ogos 2026.

Daripada jumlah itu, sebanyak 1,147 aduan diterima sepanjang 2025, manakala 817 aduan diterima dari 1 Januari hingga 25 Ogos 2026.

Katanya, daripada keseluruhan aduan berkenaan, sebanyak 118 masih dalam tindakan MCMC.

“Antara perkara yang dibangkitkan termasuk 191 aduan berkaitan produk elektronik dan empat aduan mengenai status halal,” katanya.

Fahmi berkata, kerajaan akan mengambil tindakan bermula hari ini bagi memastikan isu berkaitan platform e-dagang dapat ditangani dengan lebih berkesan.

Langkah itu juga bertujuan memastikan kepentingan pengguna dan peniaga tempatan terus dilindungi, selain memastikan platform e-dagang yang beroperasi di Malaysia mematuhi peraturan ditetapkan.

Related Posts

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

KETEGASAN dan ketenangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan berkaitan konflik Gaza, Israel dan Iran dalam satu wawancara bersama stesen televisyen India, Thanti TV baru-baru ini mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai laluan transit bagi sebarang penghantaran kargo yang menyokong atau menyumbang kepada operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera