Sokong keharmonian kaum, Sarawak peruntuk RM70,000 selenggara tempat ibadat agama

MIRI – Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) menyalurkan peruntukan sebanyak RM70,000 bagi membiayai kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf kemudahan Gereja Holy Rosary di Kampung Pujut Laut Utara.

Penyerahan dana tersebut disempurnakan oleh Datuk Bandar Miri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Adam Yii Siew Sang, dan disaksikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Adam Yii berkata, peruntukan itu penting bagi menyelenggara dan menaik taraf kapasiti kemudahan bangunan yang kini menampung kehadiran lebih 200 ahli komuniti setempat.

Menurutnya, pihak pengurusan sebelum ini mengemukakan permohonan dana berjumlah RM100,000 untuk tujuan pembangunan fizikal kemudahan mereka.

“Mereka digalakkan untuk mengemukakan permohonan baharu bagi menampung baki keperluan kos pembangunan yang dirancang, termasuk cadangan pembinaan bilik kelas pembelajaran komuniti.

“Saya bersama Datuk Sebastian Ting, yang juga ADUN Piasau, akan terus menyokong usaha penyediaan kemudahan asas yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan inisiatif UNIFOR sebagai bukti komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam membantu membiayai keperluan penyelenggaraan fizikal rumah ibadat pelbagai kaum di negeri ini.

Jelasnya, sokongan tersebut bukan sahaja memastikan kemudahan prasarana komuniti berada dalam keadaan selamat dan selesa, malah menjadi tunjang utama dalam memperkukuh keharmonian serta kesejahteraan masyarakat majmuk di Sarawak.

Related Posts

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

KUCHING – Usaha memacu literasi digital dan pemahaman tentang teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan komuniti terus diperhebat menerusi penganjuran program AI Talks Edisi Ke-2 yang berlangsung di Atrium Utama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional menerusi rundingan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah serta Kerajaan Sarawak. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera