Jalur Gemilang lambang perpaduan, bukan sekadar bendera – Sultan Selangor

SHAH ALAM – Sultan Selangor berkenan agar Jalur Gemilang dikibarkan di Tiang Bendera Negeri Selangor di Dataran Selangor bermula hari ini hingga 17 September sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69.

Sehubungan itu, upacara menaikkan Jalur Gemilang berlangsung di Dataran Selangor hari ini sebagai simbol kecintaan terhadap tanah air selain menyemarakkan semangat patriotisme dan perpaduan rakyat.

Sultan Selangor bertitah, Jalur Gemilang bukan sekadar bendera yang dikibarkan ketika sambutan kemerdekaan, sebaliknya lambang sebuah negara yang dimiliki dan dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia.

“Walaupun kita berbeza bangsa, agama, bahasa, fahaman politik dan latar belakang, Jalur Gemilang mengingatkan bahawa kita tetap rakyat sebuah negara yang sama.

“Bendera ini milik kita semua. Kita perlu bangga kerana ia adalah simbol perpaduan nasional,” titah Baginda menerusi kenyataan media Istana Alam Shah hari ini.

Baginda turut mengingatkan rakyat supaya menghayati semangat kemerdekaan dengan mengenang dan menghargai jasa mereka yang sepanjang kehidupan berusaha menyatukan masyarakat serta merapatkan jurang perbezaan.

Dalam pada itu, Baginda mahu generasi muda dididik supaya menghormati masyarakat yang berbeza agama, kaum dan budaya.

“Para pemimpin dan ahli politik pula hendaklah menunjukkan teladan dengan mengamalkan kesederhanaan, toleransi dan sifat belas ihsan, serta tidak menjadikan perbezaan politik, kaum atau agama sebagai alasan untuk memecahbelahkan rakyat,” titah Baginda.

Menurut Baginda, mengibarkan ribuan Jalur Gemilang sepanjang bulan kemerdekaan adalah perkara mudah, namun cabaran lebih besar adalah membina sebuah Malaysia yang memastikan rakyat daripada setiap kaum, agama dan latar belakang berasa dihormati, diterima serta bangga menjadi rakyat Malaysia.

Baginda turut menegaskan Jalur Gemilang tidak pernah membezakan rakyat berdasarkan bangsa mahupun agama.

“Justeru, Baginda menyeru seluruh rakyat supaya menjadikan sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia sebagai kesempatan untuk memperkukuh semula semangat perpaduan, solidariti dan rasa saling hormat-menghormati.

“Kemerdekaan bukan sekadar untuk diraikan dan bendera bukan sekadar untuk dikibarkan. Nilai sebenar kedua-duanya terletak pada kemampuan kita semua mempertahankan sebuah negara yang rakyatnya dapat hidup bersama dalam aman, saling menghormati dan bersatu padu,” titah Baginda.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan