Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

VETERAN PKR, Tian Chua berharap dapat kembali menjadi Ahli Parlimen dan terbuka untuk bertanding semula di Parlimen Batu, dengan menyatakan beliau mempunyai sokongan kuat daripada pengundi di situ.

Bagaimanapun, beliau yang berusia 62 tahun itu berkata, keputusan akhir mengenai kawasan yang akan ditandinginya bergantung kepada kepimpinan parti sebagai sebahagian daripada strategi pilihan raya.

“Dalam jangka pendek, sudah tentu saya rasa saya masih mempunyai tenaga untuk menyumbang di Parlimen dan saya mahu kembali,” katanya.

Tian Chua, Ahli Parlimen Batu dua penggal bermula 2008. Beliau tidak dibenarkan mempertahankan kerusi itu pada PRU 2018 selepas pegawai pengurus pilihan raya menolak pencalonannya atas alasan berkaitan denda mahkamah RM2,000.

Beliau kemudian menyokong calon Bebas P Prabakaran yang memenangi kerusi itu dan kemudiannya menyertai parti berkenaan.

Tian Chua dipecat daripada PKR pada Januari 2023 selepas bertanding di Batu sebagai calon Bebas pada PRU 2022 menentang Prabakaran, yang dipilih parti untuk mempertahankan kerusi terbabit.

Beliau berkata, hubungan rapatnya dengan kawasan itu masih terpelihara.

“Bagi masyarakat di Batu, mereka menyatakan hasrat yang kuat supaya saya kembali berkhidmat kepada mereka kerana saya sudah mempunyai hubungan dengan mereka selama beberapa dekad.”

Selain hasratnya kembali ke Parlimen, Tian Chua berkata, matlamat politik lebih besarnya adalah untuk memastikan PKR terus bertahan dan berkembang menjadi sebuah institusi politik yang boleh diwariskan kepada generasi akan datang.

“Saya fikir matlamat utamanya adalah PKR mahu meninggalkan legasi supaya nama parti politik ini, Parti Keadilan Rakyat, terus kekal,” katanya.

Beliau berkata, parti itu perlu terus memperjuangkan keterangkuman dan kesaksamaan, di samping membina sokongan politik yang mampu bertahan menghadapi perubahan dalam prestasi pilihan raya.

Tian Chua merujuk kepada parti politik yang telah lama bertapak dalam demokrasi Barat, seperti Parti Buruh, Parti Konservatif dan Parti Liberal di United Kingdom, yang mampu bertahan selama beberapa generasi walaupun melalui kemenangan dan kekalahan dalam pilihan raya.

“Mereka naik dan turun,” katanya, sambil menambah bahawa parti berkenaan tetap menjadi sebahagian daripada sistem politik negara masing-masing dan terus mewakili kelompok masyarakat serta nilai politik tertentu.

Beliau berkata, PKR seharusnya berusaha membina institusi politik yang mampu bertahan untuk tempoh yang panjang.

“Jadi bagi saya, itulah perkara utama yang saya harap dapat saya tinggalkan untuk generasi akan datang,” katanya.

Related Posts

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

REALITI memimpin Malaysia ketika ini tidak sama dengan gambaran perjuangan Reformasi yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kerajaan hari ini merupakan kerajaan campuran yang memerlukan rundingan dengan pelbagai parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui dirinya bukan seorang bapa yang ideal sepanjang perjalanan politiknya, sebaliknya menghargai pengorbanan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana banyak memainkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap